berita

Perkukuh Kestabilan Undang-Undang Demi Keharmonian Keluarga Malaysia

November 15th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: BH Online

17 Ogos 2022 menjadi tarikh penuh bersejarah apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) berjaya diluluskan menerusi Persidangan Parlimen pada hari tersebut.

Ianya satu percapaian dibawah pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memandang serius akan kestabilan negara, ekonomi serta kebajikan rakyat dalam pelbagai aspek termasuk kewangan, pertanian, industri makanan, sumber manusia, pelancongan, jenayah, kehakiman, pertahanan dan kepolisan.

Tiada lagi lompat parti

Salah satu undang-undang yang dianggap berkepentingan kepada semua rakyat dan negara adalah Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti.

Akta yang mendapat persetujuan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini menegaskan bahawa bermula 5 Oktober 2022, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti akan hilang kelayakan mereka¹.

Antigangguan Seksual

Setelah lebih 10 tahun dirangka sejak 2011, akhirnya RUU Antigangguan Seksual berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.

Menerusi akta ini, adalah ditegaskan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia dan suatu bentuk keganasan berasaskan jantina.

Kredit foto: BERNAMA

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, akta ini bakal mewujudkan persekitaran yang selamat kepada masyarakat khususnya wanita.

Turut diluluskan adalah RUU seperti berikut:

Antaranya adalah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 dan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dibawah Kementerian Dalam Negeri.

Termasuk juga, Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 di bawah Jabatan Perdana Menteri; Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan RUU Anti gangguan Seksual 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mandat baharu demi penerusan rancangan undang-undang

Kredit foto: BH Online

Bagaimanapun, selari dengan pembubaran parlimen pada bulan lalu, beberapa perancangan kerajaan di bawah naungan Ismail Sabri bagi melihat pembaharuan dari segi undang-undang perlu dihentikan seketika.

Ia termasuklah inisiatif memperkasakan Parlimen dengan mengembalikan undang-undang berkaitan pentadbirannya seperti mengembalikan dalam bentuk baharu Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 agar menjadi lebih bebas, terutama dari segi peruntukan dana dan hal berkaitan proses penggubalan undang-undang².

Dengan terbubarnya Parlimen, 10 Oktober lalu, beberapa perancangan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri untuk membuat pembaharuan dalam bidang undang-undang, termasuk memperkenalkan RUU Pendanaan Politik, terhenti seketika.

Begitu juga dengan perancangan memperkasakan Parlimen dengan mengembalikan undang-undang berkaitan pentadbirannya seperti mengembalikan dalam bentuk baharu Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 agar menjadi lebih bebas, terutama dari segi peruntukan dana dan hal berkaitan proses penggubalan undang-undang.

Besar harapan sekiranya mandapat baharu pada PRu15 nanti membolehkan pembaharuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1008102/undang-undang-lompat-parti-berkuat-kuasa-esok
  2. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/11/1024535/perancangan-undang-undang-dapat-diterus-dengan-mandat-baharu

SKIP THIS AD ×