berita

‘Perlu Dikaji Semula’ – Netizen Persoalkan Banduan Makan 5 Kali Sehari

July 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pernah tak anda terfikir kehidupan di dalam penjara. Ada segelintir yang beranggapan penjara adalah satu tempat yang teruk dan seperti neraka dunia. Betul ke? Menerusi Harian Metro, banduan sebenarnya diajar pelbagai kemahiran yang boleh digunakan apabila mereka keluar kelak.

Namun yang menjadi bualan hangat netizen adalah kos makan lima kali sehari bagi seorang banduan di Penjara Marang adalah sejumlah RM41. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai. Apa pendapat anda?

2700 hidangan dimasak oleh banduan sendiri

Menurut Pegawai Unit Sajian Penjara Marang, Penolong Penguasa Penjara, Suhardi Ali hidangan untuk 2,700 banduan itu disediakan Unit Sajian Penjara Marang.

Setiap hari kita memerlukan kira-kira 700 kilogram (kg) beras, 560kg ikan dan 400kg ayam yang dimasak oleh banduan dan dikawal selia oleh pegawai penjara.

Tambahan banduan yang ditempatkan di Unit Sajian perlu melalui beberapa peringkat sebelum diberi tugasan memasak di unit terbabit dan tidak boleh mempunyai kecacatan fizikal, selain mempunyai tahap kesihatan memuaskan.

Di samping itu, Penjara Marang merupakan dapur penjara pertama di Semenanjung dan kedua di seluruh negara selepas Penjara Tawau, Sabah yang mendapat status halal.

Banduan diberi pemeriksaan kesihatan

Seawal jam 8 pagi dia dan 20 banduan memulakan persiapan untuk memasak dengan menu akan ditentukan pegawai penjara.

Banduan akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan apabila disahkan pegawai perubatan mereka akan diambil bekerja di Unit Sajian. Selain itu, kita juga akan memberi tunjuk ajar yang dibantu 10 anggota.

Banduan juga akan diberi suntikan typhoid selain dikehendaki menjalani kursus penyediaan makanan bagi mendedahkan mereka dengan tatacara keselamatan makanan dan proses kerja di dapur bagi mengelak kes keracunan makanan.

Banduan ada kemahiran bila keluar penjara

Beliau yang sudah empat tahun di unit sajian itu mengakui cabaran besar digalas membabitkan aspek keselamatan kerana kewujudan barang tajam seperti pisau yang boleh dijadikan senjata.

Sijil Penyediaan Makanan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Marang akan diberikan kepada banduan apabila dibebaskan nanti dan sijil berkenaan boleh digunakan untuk bekerja seperti di kedai makan atau restoran.

Sementara itu, seorang banduan dari Johor Bahru diberi tanggungjawab sebagai ketua di Unit Sajian Penjara di atas pengalamannya sebelum ini sebagai cef di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru sebelum dipenjarakan selama dua tahun kerana kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jadi banduan makan terjaga

Perlu dikaji semula

Sumber : Harian Metro