berita

Pernah Berkhidmat Di Tujuh Syarikat Sejak 2002, Keluarga Fiza Kamarudin Terima Dua Faedah PERKESO

January 10th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Waris kepada arwah Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, pengarang portal hiburan yang meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, di Hospital Charing Cross, London, layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan, Fiza Kamarudin Meninggal Dunia Di London

Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan Tak Sedarkan Diri, Kritikal Di London

Faedah pencen penakat

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, semakan rekod caruman ibu kepada dua cahaya mata, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun itu mendapati, beliau pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza, sejak Disember 2002.

Sehubungan itu, suami allahyarhamah, Roshdi Ramli, layak mendapat faedah PERKESO untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

Berdasarkan rekod caruman PERKESO milik Siti Nor Hafiza, mendapati keluarganya layak untuk menerima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975.00 setiap bulan dan FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar, menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Selain Azman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet turut hadir dalam Ziarah Prihatin ini.

Sebelum ini, berita pemergian Fiza mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan selebriti. Tabung Bantulah Fiza juga telah dilancarkan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) bagi mempermudahkan proses urusan jenazahnya dibawa pulang ke tanah air.

Menurut WHAM, hampir RM50,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan derma pihak artis, media dan orang ramai.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×