berita

‘Persiapan Sudah 30 Peratus Siap, Tinggal Nak Pilih Tempat Sahaja’ – Mas Idayu Dah Ready Nak Jadi Isteri

August 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dangdut, Mas Idayu memberitahu sudah 30 peratus persiapan sudah dilakukan olehnya untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada bulan depan bersama dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa.

Hanya pilih lokasi sahaja

Menerusi laporan Harian Metro, Mas Idayu berkata dia sudah mempunyai beberapa cadangan tempat untuk lokasi majlis cuma, dia perlu memilih saja. Berkongsi lanjut mengenai hubungan bersama Sufian setakat ini, Mas Idayu atau lebih mesra disapa ‘Mummy’ memaklumkan Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.

Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.  Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

Terdahulu, Mas Idayu dan Sufian mengenali antara satu sama lain menerusi program Mentor 3 pada tahun 2008 dan mereka menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.

Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius. Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×