berita

Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk – PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan PU Rahmat

November 8th, 2016 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

pu-faiz

Bekas naib juara program pencetus ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu. Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Rakan seperjuangan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerusi laman facebooknya menafikan pertuduhan itu dan menjelaskan perkara sebenar. Dahsyat betul!

PU Faiz mempertahankan diri kerana cubaan memeluk

15032824_1078242858955781_3084724093279864036_n

PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita

Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka

1) Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada-dada akhbar

2) Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh (sebutan kes beliau pada Rabu ini)

3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerana cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

Sering mengganggu dan ingin berjumpa untuk melakukan hubungan intim

4) Wanita itu sering menganggu kami dengan hal rumahtangga beliau (sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi PU Faiz untuk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.

5) Sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.

6) Cemburu dengan kebahagiaan kami dan menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.

Kesimpulannya.. Ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akn tenang hadapi.

Mohon sebaran bagi Menjelaskan Fitnah ini

sumber:Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×