berita

Pesakit Cabut Lari Dari Hospital Sebab Insurans Tak ‘Cover’

October 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara insurans yang diambil dipercayai tidak melindungi rawatan bagi penyakit dialaminya, seorang wanita nekad melarikan diri dari sebuah hospital swasta di Laguna, Merbok.

Lari tak bayar bil hospital

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pesakit wanita yang berusia 32 tahun itu telah mendaftar untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit perut sebelum dimasukkan ke wad. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, sekitar jam 9:30 malam, pihak hospital memaklumkan bahawa insurans yang diambil wanita itu tidak boleh digunakan untuk pembiayaan rawatan gastrik. Oleh hal demikian, pesakit enggan meneruskan rawatan dan bertegas mahu keluar wad.

Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi.

Namun siapa sangka, satu jam kemudian jururawat mendapati pesakit berkenaan tiada di dalam wad malah wanita itu juga tidak membuat sebarang pembayaran. Mereka kemudian cuba menghubungi pesakit berkenaan tetapi tiada sebarang respon yang diterima.

Susulan daripada itu, polis turut menghubungi pesakit terbabit, namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci.

Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×