berita

‘Posting Di IG Saya Mengenai Palestin Kena Block’ – Siti Nurhaliza Tak Putus Asa, Usaha Beri Kesedaran Tetap Diteruskan

October 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan beberapa perkongsian yang dimuat naik sebelum ini di Instagram miliknya berhubung isu Palestin sudah mula disekat.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dipuji Utamakan Saudara Islam Di Gaza, Ketepikan Promosi Lagu Baharu – ‘Sebab Tu Dia Nombor 1’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Gaza’ – Siti Nurhaliza

Posting Palestin disekat

Siti Nurhaliza

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44, bagaimanapun berkata, hal tersebut tidak menghalang atau membuatnya berhenti untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan saudara sesama Islam di Palestin.

Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan.

Siti memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada pagi Rabu.

Dalam perkongsian yang sama, pelantun lagu Cindai itu turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.

Terdahulu, Siti menerima pujian netizen apabila dia dilihat giat memuat naik hantaran memberikan kesedaran mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.

Menurut seorang netizen, meskipun Siti baru sahaja melancarkan dua muzik video terbaharu, namun dia lebih mementingkan berita mengenai saudara sesama Islam yang ketika ini berperang dengan tentera Israel berbanding mempromosikan lagunya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×