berita

Promo Jimat Siang Serendah RM7.99 Je Dekat KFC? Bolehlah Makan Snack Plate Sambil Imbau Memori Dulu!

May 12th, 2022 | by Emir
Kini Trending

KFC sememangnya selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Ingat lagi dulu-dulu kalau sambut birthday ke dapat result best ke mesti akan beli KFC untuk celebrate.

Banyak gila kenangan dengan KFC ni. Sekarang bila dah besar, KFC tetap menjadi pilihan hati walaupun pada hari-hari biasa.

Sebab tu juga lah KFC berbesar hati memperkenalkan promo Jimat Siang terbaru bagi membangkitkan semula kenangan berkumpul bersama rakan dan keluarga sambil menikmati hidangan enak dari KFC.

Ada banyak kombo tengah hari yang korang boleh dapat weh! Jom tengok!

6 variasi kombo Jimat Siang

Promosi Jimat Siang yang bermula hari ini membawakan 6 variasi kombo makan tengah hari berbaloi dengan harga bermula dari RM7.99 je!

Promosi ini berjalan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 12 tengah hari sehingga 2 petang. So sempatlah korang nak grab promo Jimat Siang waktu lunch break nanti!

Kami senaraikan 6 variasi kombo yang korang boleh pilih:

1.Kombo Snack Plate pada RM12.99
2.Kombo Dinner Plate pada RM16.99
3.Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99
4.Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM 12.99
5.Kombo Zinger Klasik pada RM10.99
6.Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99

Nak dine-in ke, nak take-away ke, nak Drive Thru pun boleh weh!

11 karya NFT untuk dimiliki

Bagi penggemar KFC yang meminati karya Non-Fungible Tokens (NFT), korang boleh dapatkan 11 karya NFT unik hasil kerjasama antara KFC dengan artis-artis tempatan berbakat besar seperti Wilson Ng, Book of Lai dan Arif Rafhan Othman.

Karya-karya NFT yang dihasilkan sebagai tanda penghormatan kepada 11 herba dan rempah rahsia KFC ini boleh mula didapati di OpenSea, pasaran terbesar NFT.

Main KFC Klaw Machine dan menang bantal Drummie

Selain dari promo Jimat Siang dan NFT unik, korang pun boleh main game dan menang bantal Drummie tau dengan KFC!

Bagi korang yang berada di kawasan Piazza atau Starhill Gallery, korang boleh cuba untuk bermain KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi dan menang bantal Drummie atau baucar dari KFC!

Sambil-sambil tu korang juga boleh melihat sendiri visual yang akan menghidupkan saat-saat manis korang bersama KFC di papan iklan 3D di KLCC Junction dan Pavilion ELITE.

Jom layan video ni dulu!

Untuk maklumat lanjut dan lebih pengalaman #itsFingerLickinGood, korang boleh layari laman sesawang KFC Malaysia sekarang!

SKIP THIS AD ×