berita

PRU15: Ibu Mentua Mira Filzah Tak Tercalon PRU-15, Penduduk Kuala Kangsar Sedih & Kecewa

November 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datuk Mastura Mohd Yazid dipercayai mempertikaikan mengapa parti Barisan Nasional (BN) tidak mengotakan janji untuk meletak sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada PRU-15 kelak. Tambah Mastura, tiada satu nama calon wanita dinamakan di Perak dan Negeri Sembilan.

Tidak tercalon

Menerusi laporan Harian Metro, Mastura, 61 antara nama yang tidak dicalonkan untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak, sebaliknya tempat beliau digantikan Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Chandan.

Berikutan daripada itu, segelintir masyarakat di Kuala Kangsar berkata mereka mahukan Datuk Mastura sebagai ahli parlimen di kawasan berkenaan. Tambah penduduk, ibu mentua kepada pelakon, Mira Filzah itu sangat baik, prihatin dan banyak membantu masyarakat di Kuala Kangsar. Ujar mereka lagi, beliau seorang yang selalu turun padang dan mendengar keluh kesah penduduk.

Kalau nak cerita cukup panjang. Kami harap datuk dapat lagi menjadi ahli parlimen. Kami nak ucap terima kasih kepada datuk kerana sentiasa ada untuk kami di Kuala Kangsar ini. Kami doakan datuk sentiasa berada di dalam lindungan yang maha Esa. Kami berharap datuk terus berjuang.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×