berita

PRU15: Penat Lelah Johari Ghani Sejak 4 Tahun Lalu Berbaloi! – ‘Terima Kasih Pengundi Titiwangsa’

November 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyifatkan pengorbanan beliau yang sentiasa bekerja untuk penduduk Titiwangsa sejak empat tahun lalu berbaloi apabila meraih kemenangan, semalam.

Saya akan terus berkhidmat

Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi dan masyarakat bandar Titiwangsa yang telah memilih saya sebagai wakil rakyat Titiwangsa untuk menjadi suara dan khidmat kepada kawasan Parlimen Titiwangsa. Saya merasa segala penat lelah bekerja walaupun bukan lagi menjadi wakil rakyat pada PRU-14 yang lalu (berbaloi). Saya sentiasa bekerja untuk rakyat selama empat tahun enam bulan, akhirnya mereka menghargainya (kemenangan ini).

Terima kasih juga kepada seluruh jentera-jentera BN Titiwangsa yang bertungkus lumus membantu dalam memenangkan BN di Titiwangsa.

Dengan mandat yang diberikan, Johari berkata beliau akan terus berkhidmat dan menjaga masyarakat di Titiwangsa. Sebelum ini, Johari tekad untuk menyelesaikan isu setempat sekiranya diberikan semula mandat sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum kali ini. Beliau berkata empat fokus utamanya adalah isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru untuk projek pembangunan, nasib pemilik Flat PKNS Jalan Tun Razak, projek naik taraf Pasar Chow Kit yang terbengkalai 10 tahun dan isu Pasar Datuk Keramat.

Sumber: Johari Abdul Ghani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×