berita

Rain Bakal Buat Kemunculan Semula!

May 29th, 2013 | by Ai
Kini Trending

kpop-korea-rain

Rain, yang suatu ketika dulu pernah buat kaum perempuan tak keruan kerana kecomelannya dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Cube Entertainment.

Ini bermaksud Rain sekaligus akan bernaung dalam label yang sama dengan penghibur terkenal yang lain seperti Beast, 4Minute dan G.NA.

CEO Cube Entertainment, Hong Seung Sung melahirkan rasa gembiranya di atas kesudian Rain memilih untuk bekerjasama dengan Cube Entertainment.

Saya berterima kasih kepada Rain kerana kesetiaannya walaupun menerima banyak tawaran lain. Saya berjanji akan sentiasa memberi sokongan kepadanya dan memastikan agensi ini terus menghasilkan artis yang berbakat.

Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon sebelum ini pernah bernaung di bawah label JYP Entertainment yang mana Hong Seung Sung adalah presiden kepada label itu.

South Korean pop singer Rain stands next to Vietnamese emcee Hoang Ha and Korean actor Kim during 2012 Korea-Vietnam Friendship Concert in Hanoi

Rain yang lengkap berpakaian tentera

Kalau anda masih ingat lagi, Rain pernah mencipta fenomena melalui lakonannya dalam drama bersiri Full House yang turut dibintangi Song Hye-kyo, beberapa tahun dulu.

Pelakon dan penyanyi yang sedang berkhidmat dalam skuad tentera difahamkan akan menamatkan khidmatnya pada 10 Julai ini. Mesti ramai peminat yang tak sabar menantikan kemunculan semula Rain, kan?

Jom lepaskan rindu pada Rain dengan menonton MV ‘Love Song’ di bawah.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×