berita

Rakaman Dalam Penjara Tersebar, Ibu Tetak 3 Anak Kandung Mahu Bertaubat Sebelum Mati

March 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang ibu berusia 35 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai mendera serta membunuh anak kandungnya. Tindakan kejam itu dipercayai berlaku selepas waktu subuh semalam (20 Mac 2022) di kediaman suspek yang terletak di Brebes, Jawa Tengah, Indonesia.

Ibu tetak 3 anak kandung

Foto: Kompas

Memetik laporan Tribunews, wanita yang berasal dari Indonesia ini telah menetak tiga anak kandungnya yang masing-masing berusia 10, tujuh dan lima tahun. Salah seorang jiran tetangga yang dikenali dengan nama Iwan mendakwa terdengar jeritan orang meminta tolong dari dalam rumah suspek.

Susulan daripada itu, Iwan segera ke rumah suspek dan mendapati jeritan tersebut merupakan suara pembantu rumah suspek iaitu Hamidah. Rupa-rupanya, tragedi ngeri itu berlaku di hadapan mata Hamidah. Hamidah yang bimbang sesuatu perkara buruk berlaku telah cuba membuka pintu bilik di lokasi kejadian, namun ia terkunci dari dalam.

Saya terdengar suara kekecohan dari arah rumah tersebut disertakan dengan suara jeritan kanak-kanak. Jadi saya dan penduduk yang lain datang ke rumah itu lalu memecahkan pintu biliknya.

Selepas pintu bilik terbuka, mereka mendapati suspek yang masih bertelekung sedang duduk di samping anak-anaknya. Menurut laporan, anak kedua suspek yang berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia manakala anak sulung serta anak bongsunya mengalami luka di bahagian dada dan leher.

‘Saya nak bertaubat sebelum mati’

Foto: Tribunnews

Menurut sumber, selepas perbuatan kejammnya itu diketahui orang, suspek dikatakan mengamuk dan menjerit seperti orang histeria sebelum jatuh pengsan. Selepas tersedar dari pengsan, dia bertindak agresif dengan mencekik dua jiran tetangganya. Suspek yang melarikan diri akhirnya berjaya ditenangnya dan ditahan oleh pihak polis.

Sementara menerusi satu video, memperlihatkan suspek yang berada di dalam tahanan mendakwa mahu bertaubat sebelum dia meninggal dunia.

Saya nak bertaubat sebelum saya mati. Saya cuma mahu menyelamatkan anak-anak biar mereka tidak membentak.

Saat si perakam bertanya bagaimana cara untuk menyelamatkan anak-anaknya, suspek menjawab biarlah mereka mati supaya tidak merasai kesedihan.

Biar mereka mati sahaja supaya tak perlu rasa sedih. Biar mati supaya tidak merasai kesakitan. Seperti saya dari kecil, tidak ada yang tahu saya memendam selama puluhan tahun.

Bukan itu sahaja, suspek mengaku melakukan tindakan kejam itu selepas terdengar bisikan ghaib. Ada dakwaan mengatakan suspek sebenarnya mempunyai masalah mental namun siasatan dan pemeriksaan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews, Kompas, TikTok

SKIP THIS AD ×