berita

‘Kalau Anak Makcik Nak Kahwin Dengan Orang Macam Hampa, Makcik Tak Restu’

October 22nd, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang dituntut dalam Islam. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil yang berlipat ganda kepada mereka yang bersungguh-sungguh.

Namun, tidak dinafikan wujud segelintir orang yang memandang rendah kepada peniaga jalanan atau pasar malam. Seperti yang dikongsi peniaga ini, dia disapa seorang makcik yang mempersoalkan masa depannya.

Disapa seorang makcik

Masa berniaga tadi… Abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik….

Makcik “Makcik tengok hampa yang dok niaga ni muka-muka muda lagi naaa…. Macam muka belasan tahun pun ada… Awai dua puluhan pun ada….”

Abam “Macam tu la makcik…. Anak-anak muda nak cari rezeki dengan berniaga….”

Makcik “Tapi rugi la…. Pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar… Masuk kolej ka…. Universiti ka…. Bukan apa…. Pasar malam ni bukan ada jaminan apa-apa pun kat hampa…. EPF SOCSO pun tak dak…. Pencen lagi la tak dak…. Anak makcik 3 orang perempuan … Tiga-tiga masuk universiti…. Lani tiga-tiga kerja kerajaan…. Ada la jaminan hidup…. Lega hati…”

Abam “Alhamdulillah… Rezeki masing-masing makcik…. Berniaga pun ok jugak…. Pun ada jaminan jugak….”

Makcik “Jaminan apa nya…. Nak beli apa-apa pun susah… Nak buat loan lagi la susah…. Nak habaq kat hg…. Anak sulong makcik…. Kerja kerajaan 6 tahun dah… Lani ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana… Hg tau la harga rumah kat sana ratus-ratus ribu…. Bukan senang nak dapat beli…”

Perjuangan orang berniaga ni berbeza

Abam “Berniaga ni seronok…. Duit hari-hari depan mata kami…. Cukup buat kami puas…. Berniaga ni kan sunnah Nabi “

Makcik “Elehhhhh…. Lani cakap pakai mulut boleh la…. Kalau anak makcik nak kawin dengan orang macam hampa… Makcik tak restu”

Tersentap sungguh laaaa…..

Moral of the story :
1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus…. Tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yang berniaga tanpa pelajaran akedemik…. Berniaga jugak satu tempoh pembelajaran….

2. Cukup-cukup lah angkat bakul sendiri…. Jadi muak orang dengar… Paham kot naa!

3. Orang berniaga ni orang yang mencipta peluang… Peluang apa? Peluang ekonomi… Sama-sama boleh berkongsi rezeki dengan orang lain

4. Kebanyakkan peniaga-peniaga ni jutawan senyap… Tak suka nak show off… Biar orang nampak selekeh… Janji tak selekeh wang ringgit

5. EPF SOCCO? Ya penting… Tapi bukan la jadi penanta aras berniaga tu tak daa jaminan… Alternatif lain kan ada…

6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni…. Berubah lah!

Perjuangan orang berniaga ni berbeza… Mungkin nampak ‘lekeh’ di mata sesetengah orang… Yang lekeh tak bererti tak berisi di dalam… Bila perlu baru tunjuk… Tak suka menunjuk-nunjuk…

Itu saja….. Peace 

Taufiq Tajuddin
Saudagar Buah

Sumber : Taufiq Tajuddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×