berita

Rugi Besar Bayi Tak Minum Susu Ibu, Pendakwah Haslin Baharim Pesan Shuib Suruh Hati-Hati – ‘Kena Pastikan Identiti, Nasab Dia’

August 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, dinasihati untuk mendapatkan bekalan susu ibu buat anak keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos.

Artikel Berkaitan: Shuib Termenung Fikir Pasal Susu Anak, Syatilla Melvin Ada Tawar Diri – ‘Saya Nak Kena Tanya Ustaz Dahulu’

Artikel Berkaitan: Elak Salah Faham, Syatilla Melvin Respon Isu Nak Bagi Anak Shuib Susu

Rugi besar tak minum susu ibu

Menurut pendakwah terkenal Haslin Baharim menyatakan dari sudut agama tidak ada halangan untuk bayi minum susu ibu bukan daripada ibu kandungnya.

Katanya, susu ibu adalah makanan terbaik justeru akan menjadi satu kerugian besar sekiranya tidak diberikan kepada anak kecil.

Tak ada masalah untuk anak tu minum susu ibu (bukan ibu kandung) kerana yang penting moga-moga itu yang terbaik untuk anak.

Semua tu yang terbaik untuk anak. Satu kerugian yang amat besar kalau bayi tidak diberikan susu manusia.. susu ibu.

Jangan tangkap muat

Bagaimanapun, Haslin mengingatkan kepada bapa kepada empat orang anak itu agar lebih berhati-hati kerana susu itu akan kekal menjadi darah daging anaknya untuk seumur hidup.

Tapi kena pastikan identiti, nasab dia.. sebab susu ini akan jadi halal sampai kiamat.

Haslin berkata ketika majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Siti Sarah yang diadakan secara maya, pada malam Khamis.

Sebelum ini, Shuib pernah menyuarakan kebimbangan untuk mendapatkan bekalan susu untuk Ayash selepas doktor mencadangkannya untuk mendapatkan susu ibu bagi menggantikan susu formula.

Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×