berita

Ruhainies Kongsi Video Berinai & Dikejar Jejaka Misteri, Netizen Kata Dari Belakang Macam Zul Ariffin! – ‘Aku Rasa Dia Kahwin Dengan Zul Lah’

March 24th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon terkenal iaitu Zul Ariffn dan Ruhainies seringkali mencuri perhatian warganet apabila video yang memaparkan kemesraan dan adegan ‘sweet’ antara mereka berdua menerima interaksi yang banyak di platform TikTok.

Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Dah Berkahwin, Ini Respon Ruhainies – ‘Dalam Bulan Ini InsyaAllah Saya Ceritakan Semua’

Malah sebelum ini juga, pelakon cantik jelita ini memaklumkan pada bulan ini, dia akan berkongsi berita gembira mengenai perhubungannya dengan jejaka pilihan.

Siapakah gerangan jejaka misteri?

Tetapi semalam nama pelakon kacak Zul Ariffin sekali lagi dikaitkan dengan Ruhainies selepas pelakon cantik itu memuat naik satu video di Instagram memaparkan dirinya dikejar seorang jejaka misteri. Menerusi video pendek yang dikongsikan, kelihatan Ruhainies yang mengenakan busana Bollywood sedang memakai inai dan berlari sambil diikuti oleh jejaka misteri itu dari belakang.

Meskipun hanya menulis kapsyen yang ringkas ‘A night to remember. One step closer’ tetapi ramai dalam kalangan peminat dan rakan artis seakan teruja menanti hari bahagia pelakon cantik ini. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah kelibat jejaka misteri dalam video tersebut yang dikatakan mirip pelakon kacak, Zul Ariffin. Menurut netizen, sosok tubuh badan yang tinggi dan ‘sado’ menguatkan lagi andaian mereka bahawa jejaka tersebut adalah Zul Ariffin.

Berikutan daripada perkongsian itu, ramai netizen dan rakan artis tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat Ruhainies. Tidak kurang juga ada yang seakan teruja sekiranya benar andaian mereka bahawa Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang dengan Zul Ariffin.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Respon netizen

Sumber: Ruhainies

SKIP THIS AD ×