berita

Samaran Tak Menjadi! Zoo Terima Kecaman Gantikan Anjing Dalam Kandang Serigala

February 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebuah zoo di China menerima kecaman selepas pengunjung dikecewakan dengan percubaan mereka untuk memperdaya pengunjung yang hadir dengan mempamerkan seekor anjing sebagai ganti kepada serigala di dalam kandang haiwan berkenaan.

Sebenarnya peneman serigala sepi

Foto: ASIAWIRE

Menurut laporan Daily Star, anjing itu dilihat sedang berbaring di dalam kandang pameran dengan papan tanda yang tertera ‘Canis lupus’ iaitu nama spesies serigala Eurasia. Namun, haiwan yang berada di dalam kandang tersebut ternyata adalah seekor anjing peliharaan.

Setelah aduan dibuat, pihak pengurusan zoo mendakwa ada serigala di dalam kandang tersebut namun jarang muncul kerana ditinggalkan oleh kumpulan haiwannya. Bahkan, pihak zoo juga meletakkan anjing peliharaan itu untuk menemani serigala tersebut.

Ia merupakan anjing betina dan sudah menjadi kawan baik serta peneman bagi serigala yang kesepian sejak kehilangan kumpulannya. Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana ia tidak mendatangkan bahaya kepada anjing itu.

Tambah mereka lagi, anjing tersebut mendominasi serigala yang kesepian itu, malah membenarkan haiwan peliharaan itu makan terlebih dahulu.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×