berita

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun Ini Fokus Untuk Meningkatkan Keupayaan Imuniti Badan

October 31st, 2022 | by Azyan
Kini Trending

 

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera akan disambut pada bulan Oktober setiap tahun.  Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan satu inisiatif untuk merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah melahirkan Keluarga Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat. 

Ia juga selaras dengan  sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia  yang disambut pada 10 Oktober, Hari Sukan Negara, Hari Berjalan Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara yang mempromosikan dan menyokong budaya hidup sihat.

Pada tahun ini, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Pada 8 Oktober 2022.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera diaspirasikan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan bersama rakan strategik ANMS

Selaras dengan perubahan budaya hidup masyarakat ke arah modenisasi dan keperluan tanggungjawab kesihatan dalam kalangan masyarakat, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera menekankan peralihan fokus tanggungjawab perubatan kepada tanggungjawab tingkah laku kesihatan.

Pendekatan ini dilakukan di seluruh negara di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat. 

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ini juga diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara rakan strategik, di mana semua pihak, termasuk Kementerian Kesihatan (peringkat kebangsaan & negeri) bersama rakan strategik ANMS yang akan berganding bahu untuk dalam merancang dan melaksana program atau aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Sambutan ini menggunakan pendekatan berbeza tau iaitu..

Mereka menggunakan pendekatan pencegahan dalam pembudayaan hidup sihat yang bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit tetapi ia juga untuk mendapatkan penuaan yang sihat.

Kajian NHMS (2019) berkaitan faktor risiko kesihatan mendapati, risiko kesihatan dan beban penyakit akibat budaya hidup tidak sihat menunjukkan tren meningkat berbanding NHMS 2015.

Tren peningkatan ini akan mencabar fasa endemik (living with COVID-19). 

Kajian NHMS (2019) berkaitan faktor risiko kesihatan mendapati beberapa masalah berikut:

Sehubungan itu, pengisian sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ini dirangka untuk meningkatkan literasi, memperkasa dan membina upaya Keluarga Malaysia dalam pembudayaan hidup sihat dan persekitaran sihat demi meningkatkan imuniti badan untuk mencegah dan melawan jangkitan dan penyakit dan penuaan yang sihat.

Hasil kajian Kajian NHMS (2019) berkaitan faktor risiko kesihatan mendapati:

  • 1 daripada 2 orang rakyat Malaysia berlebihan berat badan atau obes. 
  • 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal. 
  • 1 daripada 20 orang rakyat Malaysia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disyorkan. 
  • Setengah juta orang dewasa di Malaysia mengalami kemurungan. 
  • 4.8 juta rakyat 15 tahun ke atas merokok

Akibat daripada ini akan menyebabkan rakyat Malaysia terdedah kepada beberapa masalah kesihatan seperti:

  • 3.4 juta rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya dua penyakit tidak berjangkit. 
  • 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai  ketiga-tiga penyakit tidak berjangkit. 
  • Kerajaan kerugian RM9 bilion dalam produktiviti disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit
  • Di Malaysia, penyebab utama kematian adalah penyakit kardiovaskular

87% daripada kes kematian COVID-19 terdiri daripada pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbid- KKM

Kajian oleh WHO & UNDP (2020) mendapati faktor risiko kesihatan dan beban penyakit tidak berjangkit berpotensi meningkatkan komplikasi jangkitan COVID-19 di mana:

  • Golongan obes 7 kali lebih cenderung untuk mengalami jangkitan yang serius. 
  • Golongan perokok 1.5 kali lebih cenderung untuk mengalami komplikasi jangkitan dan kadar kematian tinggi
  • Alkohol menjejaskan kebolehan tubuh melawan jangkitan 
  • Tidak aktif secara fizikal meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit yang merupakan faktor risiko COVID-19
  • Pesakit diabetes 3 kali lebih cenderung untuk mengalami jangkitan yang serius
  • Pesakit penyakit kardiovaskular 2.5x lebih cenderung untuk mengalami jangkitan yang serius
  • Golongan yang mengalami penyakit pulmonari kronik (COPD) berisiko tinggi mengalami komplikasi jangkitan dan kadar kematian tinggi

Negara kita kini menanggung beban yang tinggi kesan daripada budaya hidup tidak sihat rakyat Malaysia.

Perbelanjaan kos kesihatan langsung dan kehilangan produktiviti akibat penyakit kronik di Malaysia sehingga tahun 2017 dianggarkan sebanyak RM 22.53 bilion (hampir 40% daripada jumlah perbelanjaan untuk kesihatan).

Dijangkakan menjelang 2040, orang yang berumur 65 tahun ke atas akan meningkat kepada 14.5% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Rakyat Malaysia dijangkakan akan menghabiskan 9.5 tahun jangka hayat mereka dalam kesihatan yang buruk jika terus menjalani budaya hidup tidak sihat

Dengan trajektori semasa sistem kesihatan kini, Malaysia tidak bersedia menghadapi kerumitan menyediakan penjagaan yang mencukupi yang melangkaui penjagaan kesihatan kepada penjagaan sosial.

Amalan-amalan seperti aktiviti fizikal, makan secara sihat, pengurusan berat badan, minda sihat, tidak merokok, tidak mengambil minuman beralkohol, penjagaan persekitaran sihat & bersih serta kawalan kesihatan kendiri merupakan asas penting bagi sistem kesihatan negara yang beralih tumpuan daripada rawatan dan intervensi setelah berpenyakit kepada menyokong dan membantu Keluarga Malaysia untuk sentiasa sihat.

Masih belum terlambat untuk menyertai cabaran dan aktiviti! Jom rujuk Kalendar Aktiviti Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ni!

Layari untuk dapatkan info berkaitan aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini :https://bmss.my/wp-content/uploads/2022/10/Kalendar-BMSS-2022.pdf

SKIP THIS AD ×