berita

Sasha Saidin Ke Australia, Hadiri Malaysia Festival Sydney 2013

September 26th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Sasha Saidin

Sekitar minggu lalu pelakon dan model berwajah kacukan Melayu-Inggeris, Sasha Saidin dikatakan telah terbang ke Sydney, Australia bagi mengikuti acara Malaysia Festival Sydney 2013.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Sasha bukan sahaja terbang ke sana berseorangan, malah dia turut ditemani oleh penyanyi terkenal, Jaclyn Victor.

Sepanjang berada di Australia, Sasha turut berpeluang melawat beberapa tempat menarik dan kesemua detik-detik indah itu telah dirakamkan menerusi foto-foto yang dikongsikannya di laman sosial Instagram.

Sasha Saidin  9

Melalui caption yang dimuat naik oleh Sasha, pelakon itu turut menggelar percutiannya ke negara tersebut sebagai Diary of a single working mum. 

Maklum sahaja, bila sudah bergelar ibu tunggal, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan oleh Sasha. Tambahan pula, kini dia lebih mudah dan selesa untuk bergerak ke mana sahaja yang diinginkan tanpa perlu meminta izin daripada insan yang bergelar suami.

Meskipun begitu, Sasha masih tidak melupakan putera tunggalnya, Adam Arya dan perasaan rindu terhadap cahaya matanya itu turut diluahkan melalui laman sosialnya baru-baru ini.

Apa pun, untuk semua peminat Sasha Saidin, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Sasha Saidin

SKIP THIS AD ×