Tekanan perasaan atau kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang boleh menyebabkan seseorang berasa rendah diri. Ini boleh membawa kepada perubahan tingkah laku, pergaulan dan sebagainya. Orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan haruslah memainkan peranan penting dengan memberi sokongan moral.
Janganlah pula menjadi kawan yang tiada ‘common sense’ dengan mempersendakan orang lain yang dilanda kesusahan. Geram pulak bila baca!
‘Sadis betul hidup kau’
Perbualan kisah seorang pemuda Bipolar Anxiety dengan seorang kawannya yang berstatus cikgu di aplikasi Messenger. Renungkanlah.
Lelaki ini dipercayai terjumpa sahabat lama ketika mendapatkan rawatan di hospital. Ketika ditanya rakan, dia yang mempunyai penyakit Bipolar Anxiety mengakui ada masalah tekanan perasaan akibat tidak mendapat pekerjaan tetap. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, sehingga kini masih gagal dan dia membuat pelbagai kerja untuk meneruskan hidup.
Namun, rakan tanpa rasa bersalah ‘berbangga’ dengan pencapaian yang kini bergelar seorang guru. Malah, rakan merendah-rendahkan dirinya gara-gara repeat peperiksaan.
‘Dah nampak kau tak boleh pergi jauh’
Tidak cukup dengan itu, rakan menuduh dirinya tidak redha dengan takdir Allah SWT. Katanya, dari dulu guru-guru dan rakan tidak nampak potensi dirinya dalam akademik. Dia juga dituduh taksub dengan pelajaran walaupun ‘tak dapat pergi jauh’.
Malah, kelayakan akademiknya dipersoal apabila dia ditawar sebagai guru ganti. Rakan turut mencadangkan dia mengambil jurusan kemahiran untuk bekerja di sektor perkilangan.
Rakan memintanya menerima takdir dan jalan cerita yang telah diberikan Allah SWT. Jelasnya, apa yang dilaluinya sekarang semuanya sudah ditentukan.
‘Perit tapi kau kena telan’
Paling geram apabila rakan memohon agar tidak dikurniakan pelajar-pelajar seperti dirinya. Dia turut dicadangkan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja tanpa perlu berusaha lebih.
Sumber : Yoo Mat , Pasca Viral