berita

‘Saya Tak Tahu Apa Dia Hisap, Dia Hisap Ganja Ke?’ – TMJ

June 7th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Penyerang import pasukan Selangor FC iaitu Ifedayo Olusegun dalam satu temu bual pada April lalu pernah memaklumkan bahawa Selangor merupakan skuad terbesar dalam kancah bola sepak negara. Hal ini berikutan dengan jumlah piala yang dimenangi sepanjang sejarah mereka dalam Liga Malaysia.

Terbaru, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpanggil untuk mengulas terhadap kenyataan yang pernah dikeluarkan Ifedayo sebelum ini.

‘Madu lebih lazat daripada najis’

Foto: The Star

Ujar Tunku Ismail dalam satu temubual di Instragam semalam, TMJ seakan kurang bersetuju dengan kenyataan Ifedayo yang menganggap skuad Red Giants adalah pasukan terbesar negara sebaliknya TMJ turut menegaskan bahawa skuad Harimau Selatan adalah pasukan terbesar dalam era bola sepak negara memandangkan kejayaan yang pernah dilakar mereka.

Mungkin dalam segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah pasukan terbesar dalam negara ini. Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat. Berapa stadium Selangor ada? JDT ada empat.

Bukan itu sahaja, TMJ mengandaikan penyerang skuad Red Giant yang juga merupakan pemenang kasut emas musim lalu itu sedang ‘berkhayal’ kerana tidak melihat kepada fakta semasa.

Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najis.

‘Dia hisap ganja ke?’

Foto: The Star

Jelas TMJ lagi, skuad JDT merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain pernah memenangi pertandingan antarabangsa. Malah, beliau berpandangan dirinya jauh lebih tahu tentang ‘kedudukan’ skuad bola sepak negara.

Saya rasa saya lebih tahu kelab mana lebih besar dalam negara ini. Bagaimana dengan apa yang JDT sudah kecapi dan dengan pencapaian ini, Selangor adalah pasukan lebih besar daripada JDT?

Pada pandangan saya, tidak logik. Saya tak tahu apa dia hisap, dia hisap ganja ke?

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×