berita

‘Saya Terseret Jauh, Mata Dipejam..’- Azizul Hasni Kongsi Detik Cemas Kemalangan Di Brisbane

December 15th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang mengalami kecederaan teruk selepas terbabit dalam insiden kemalangan pada siri Piala Dunia di Brisbane, Australia. Insiden itu mengakibatkan jaguh berbasikal trek negara tersebut tidak dapat meneruskan pertandingan di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Di facebook, beliau kongsi detik cemas saat insiden itu berlaku. Menurutnya ketika kejadian itu dia seperti ayam disembelih selepas terjatuh dan terseret di permukaan lantai kayu. Memang seram! Apa-apa pun kita doakan beliau cepat sembuh.

Pemain Jepun himpit

Pada pusingan pertama acara keirin di Velodrom Anna Meares, Azizulhasni cuba memotong pelumba Poland, Krzysztof Maksel berbaki satu pusingan namun pelumba Jepun, Tomoyuki Kawabata cuba ‘memancungnya’ menyebabkan dia terhimpit Maksel dan beberapa pelumba lain turut terjatuh.

Tidak dapat bernafas, seperti ayam disembelih

Ekoran insiden itu, beliau terseret di permukaan kayu dan dilanggar oleh pelumba lain yang ketika itu dengan kelajuan 70km/h. Namun beliau masih sedar mendengar suara jurulatihnya.

Terpaksa buat ‘cool’ takut orang susah hati

Malah, seorang paramedik menguji kecerdasan otaknya, bimbang jika dia tidak sedarkan diri. Takut keluarga risau, beliau memilih untuk berjalan keluar dari trek dari diangkat di atas stretcher.

Wajah anak isteri risau

Dalam pada itu, Azizul terkilan apabila anak dan isterinya terpaksa menyaksikan insiden itu. Beliau bimbang jika insiden itu membuatkan mereka tidak senang dan kerisauan.

Diaju soalan sama

Menurutnya, dia diajukan soalan yang sama agar terus sedar. Walau bagaimanapun, insiden itu memperlihatkan bagaimana beliau mempertaruhnya nyawa di balapan demi bangsa agama dan negara.

Tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan

Mengakhiri luahan terakhir, jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang memohon maaf tidak dapat meneruskan perlumbaan kali ini sepertimana kejayaan di New Zealand terdahulu. Malah beliau turut berharap agar orang ramai teruskan memajukan negara tercinta.

Sumber : Azizul Hasni Awang

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×