Penyanyi, Nadeera Zaini mendedahkan dia mendapat respon yang baik daripada beberapa pihak penaja, susulan luahannya di Instagram (IG) baru-baru ini setelah dilabel ‘pengemis’ oleh salah seorang pengikutnya.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Penyanyi Ke Nak Jadi Pengemis?’ – Nadeera Sedih Dicemuh Netizen
Artikel Berkaitan: Pakaian Tak Sesuai Dengan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf Janji Perbaiki Kesilapan
Pertahankan diri
Ketika ditemui OhBulan! Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini menjelaskan bahawa semasa menerima mesej berbaur cemuhan tersebut dia sedang berada dalam keadaan tertekan.
Ekoran itu, dia tampil menjawab dakwaan tersebut agar dapat mempertahankan dirinya.
Saya tak buat silap tetapi orang selalu DM saya kata saya mengemis pula. Agak sedih sebab saya tak buat salah pun, saya hanya mencari..usaha saya.
Ketika itu saya murung, emosi saya agak terganggu kemudian saya tak berfikir panjang dan memuat naik hantaran tersebut.
Geram, orang dah banyak DM saya.. ‘body shaming’ saya. Saya tak pernah layan sebelum ini, tetapi untuk kali ini betul-betul terasa bila orang cakap saya mengemis.
Nadeera berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 di Z Botanica, One Utama baru-baru ini.
Penyanyi berusia 30 tahun ini turut menzahirkan rasa syukur apabila terdapat beberapa pihak yang sudi untuk menaja pembikinan muzik video lagu baharunya yang berjudul Emas.
Alhamdulillah, ada dalam tiga ke eempat penaja. Selepas luahan di IG, ada yang terus datang bertanya.
Insya-Allah, kita akan berjumpa dengan mereka untuk perbincangan.
Sementara itu, Juara Big Stage 2023 ini berkata kos pembikinan muzik video tersebut menelan belanja kurang daripada RM100,000. Bagaimanapun, dia masih belum dapat menggunakan wang kemenangan itu kerana masih di dalam proses.
Dalam pada itu, Nadeera juga bakal memeriahkan konsert tersebut bersama-sama Naim Daniel, Ismail Izzani, Aishah Retno, Bunkface dan Neeta pada 23 November 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.