berita

Sempena Hari Graduasi, Lihat Kejutan Yang Dilakukan Oleh Ibunya Ini.. Simple Tapi Sweet!

March 27th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Pengorbanan dan kasih sayang ibu dan ayah memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana individu di dunia ini. Mereka sanggup bersusah payah demi memenuhi keperluan serta kejayaan seorang anak. Seperti Ridzwan Mahazan, pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Meiji University, Jepun telah berkongsi Tweet pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya sempena meraikan hari graduasi.

‘Kejutan’ ini mungkin kebiasaan buat sesetengah orang, tetapi bagi kami ia sangat sweet dan jika kita sendiri berada di tempat Ridzwan, pastinya ia membuatkan kita terharu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Ridzwan!

Pengorbanan seorang ibu demi meraikan hari bersejarah anak

Tweet ini telah dikongsi oleh Ridzwan Mahazan, seorang pelajar Malaysia di Meiji University, Jepun. Sempena hari graduasi ibu bapanya telah hadir untuk meraikan kejayaan bersama dan sempena itu, ibunya bawa pulut kuning dan  ikan tongkol yang direbus di Terengganu. Menurut orang ramai, memang adat resam Melayu untuk meraikan kejayaan seseorang dengan makanan tersebut.

Tambah Ridzwan, ibunya akan buat pulut kuning setiap kali keputusan peperiksaan keluar dan makanan itu akan diagihkan kepada jiran dan keluarga.

Tidak dilupakan ayah yang sentiasa menyokong

Kejayaan untuk ibu & ayah

Sumber: Twitter @RidzwanMahazan

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×