berita

Senarai C-Drama Terbaru Wajib Tonton Di iQIYI – ‘Got A Crush On You’ Antara Yang Paling Sweet!

December 20th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Platform penstriman video terkenal iQIYI tak pernah gagal dalam menawarkan pelbagai drama baru yang best dan trending untuk tontonan korang.

Terbaru iQIYI dah update list Chinese drama mereka dengan drama-drama hebat yang gerenti akan buat korang susah move on! Paling syok semua drama ini dibarisi pelakon hebat seperti Zhao Lusi, Gulnazar, Xu Kaicheng dan ramai lagi!

Tiga C-drama terbaru wajib tonton!

The Last Immortal

Jumlah Episod: 40 

Tarikh Tayangan: 11 Disember 2023

Genre: Kostum & Fantasi 

Pelakon: Zhao Lusi & Wang Anyu

Drama ini sesuai untuk korang yang gemarkan genre fantasi! Ia mengisahkan tentang Feng Yin (Zhao Lusi) dan Gu Jin (Wang Anyu) yang bertemu secara tidak sengaja.

Walaupun begitu, mereka tekad untuk bekerjsama dalam melawan kejahatan dengan berlatih untuk menguatkan diri masing-masing dengan kuasa ajaib.

Istimewanya, The Last Immortal menampilkan pelakon jelita terkenal Zhao Lusi tau! Haa.. Peminat hardcore Zhao Lusi kat luar sana memang tak boleh lepaskan peluang untuk menonton drama ini sebab korang akan dapat lihat sisi lakonan beliau yang lain daripada sebelumnya.

Penggunaan CGI dalam The Last Immortal pun memang sangat wow! Kalau nak tahu kenapa ianya sangat wow. Korang kenalah tengok sendiri!

Got A Crush On You

Jumlah Episod: 26

Tarikh Tayangan: 7 Disember 2023

Genre: Cinta & Moden

Pelakon: Gulnazar & Xu Kaicheng 

Kisah Song Xing Chen (Gulnazar), seorang doktor jelita berusia 29 tahun yang sentiasa tampil bergaya. Tapi, penampilannya  membuatkan dia jadi buah mulut orang-orang di hospital tempat dia bekerja.

Enggan terus diperkecilkan Song Xing Chen mengambil keputusan untuk berundur daripada hospital tersebut dan memulakan kehidupan baru yang lebih bebas.

Sehingga satu hari dia dipaksa untuk menghadiri ‘blind date’, dimana dia ditemukan dengan Su Qing Che (Xu Kaicheng) seorang Ketua Penyelamat. 

Namun, boleh ke si Ketua Penyelamat ini menjadi penyelamat di hati Song Xing Chen? Atau sekadar akan membuatkan hidup Xing Chen menjadi lebih huru-hara? Macam biasa, kalau nak tahu endingnya, kenalah tonton di iQIYI!

Love Me, Love My Voice

Jumlah Episod: 33

Tarikh Tayangan: 30 November 2023

Genre: Cinta & Moden

Pelakon: Tan Jian Ci & Zhou Ye

Dari merdunya suara, bibit cinta pun bermula… Macam itu lah lebih kurang kisah cinta Qiang Qing Ci (Tan Jian Ci) dan Gu Sheng (Zhou Ye). Jika korang gemarkan drama dengan bertemakanmuzikal dan tidak tipikal, korang wajib tonton Love Me, Love My Voice!

Drama ini mengisahkantentang Gu Sheng yang mempunyai identiti ‘online’ sebagai ‘Sheng Sheng Man’, melalui identiti tersebut dia banyak mencipta muzik bergenre historical.

Dalam diam dia juga menyimpan impian untuk berkerjasama dengan pelakon suara popular, Qiang Qing Ci. Namun, tiada siapa yang tahu akan impiannya sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba dia disapa Qiang Qing Ci sendiri. Agaknya Qiang Qing Ci nak apa dengan Gu Sheng ini? Jawapan dia ada di iQIYI! :)

Drama hangat sepanjang 2023 yang tak boleh skip – Rugi kalau tak tengok!

Tak lengkap tahun 2023 korang jika korang belum tonton the hottest C-drama sepanjang tahun ini! Jom admin tolong listkan beberapa drama menarik sepanjang 2023.

You From The Future

  

Lost You Forever

 

My Journey To You

Fireworks of My Heart

Story Of Kunning Palace

Langgan iQIYI VIP untuk akses episod drama terbaru lebih awal

Untuk pengalaman tontonan yang lebih mantap, apa kata korang langgan iQIYI VIP? Kenapa? Sebab dengan akses VIP iQIYI korang boleh skip iklan, tonton episod baru drama kegemaran korang lebih awal, layan drama favourite korang beresolusi 4k HD dengan paduan audio Dolby Atmos. Perfect!

Selain itu, korang juga berpeluang dijemput ke viewing party, mendapat akses kepada merchandise eksklusif dan paling penting, berpeluang buat mengikuti sesi meet and greet dengan selebriti kesayangan korang! Syok gila!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom muat turun aplikasi iQIYI di Google Play Store dan App Store ataupun korang boleh klik di SINI.

Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×