berita

Ini Senarai 30 Lagu Yang Bakal Berentap Di Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-33, Semuanya Best!

October 23rd, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Segala persoalan mengenai 30 buah lagu yang bakal bersaing di pentas Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) telah pun terjawab. 30 buah lagu ini bakal berentap pada 9, 16, 23 November 2018 bagi mendapatkan 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33.

Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir (SFMM33) yang akan dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni (Haziq Hot FM) akan bersiaran langsung pada setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Ini merupakan senarai 30 buah lagu yang bakal berentap di pentas tersebut.

Minggu Pertama

30 buah lagu yang bakal berentap dibahagikan kepada tiga minggu berturut. 11 buah lagu bakal di persembahkan masing-masing pada minggu pertama dan kedua dan pada minggu ke-3, 8 buah lagu. Berbeza dari musim yang lepas, kesemua buah lagu yang bakal berentap adalah daripada undian para-para peminat, tiada lagi jalan pintas menerusi Showcase.

Berentap di minggu pertama

  • Di Matamu, nyanyian Sufian Suhaimi
  • Dia, nyanyian Qody
  • Kata Akhirmu, nyanyian Ariff Bahran
  • Sesungguhnya Aku, nyanyian Alif Satar
  • Bercanda Di Malam Hari, nyanyian Kugiran Masdo
  • Mimpi, nyanyian Liza Hanim
  • Seindah Berdua, nyanyian Dewi Seriestha
  • Dia, nyanyian Dayang Nurfaizah
  • Semakin, nyanyian Siti Sarah
  • Tak Pernah Hilang, nyanyian Amylea x Kaer
  • Hikayat Benladin, nyanyian Ben Ladin

Minggu Kedua

  • Bunga, nyanyian Altimet
  • Luluh, nyanyian Khai Bahar
  • Rahsia Kita, nyanyian Khai Bahar & Fatin Husna
  • Stereotype, nyanyian Akim & The Majistret
  • Sulit, nyanyian Aman Aziz
  • Bunga, nyanyian Ara Johari
  • Jagakan Dia, nyanyian Shiha Zakir
  • Haram, nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  • Demi Kita, nyanyian Ismail Izzani
  • Cakap Ke Tangan, nyanyian Stacy
  • Kau Pun Sama, nyanyian Syamel

Minggu Ketiga

  • Selamat Tinggal Sayang, nyanyian Haqiem Rusli
  • Jatuh Bangun, nyanyian Haqiem Rusli ft Aman RA
  • Hajat, nyanyian Hael Husaini
  • Layarlah Kembali, nyanyian Dayang Nurfaizah
  • Nisan Cinta, nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor
  • Rintihan Rindu, nyanyian Wany Hasrita
  • Kisah Antara Kita, nyanyian One Avenue Band
  • Sampai Bila, nyanyian Misha Omar

Saksikan secara online

Para peminat yang ingin menyaksikan persembahan hebat SFMM33, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada setiap selasa (6, 13, 20 November) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi

Bagi para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan SFMM33 di Sri Pentas dan di kaca TV, anda boleh saksikannya langsung secara online di saluran YouTube TV3.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×