Di Rio De Janeiro, Brazil, seorang wanita dirogol setiap 10 minit dan seorang bayi perempuan dibunuh setiap tujuh jam. Menerusi laporan TRT World, angka yang mengejutkan itu mendorong anggota panel kajian Forum Keselamatan Awam Brazil menggesa pihak berkuasa dan kerajaan bertindak segera menangani jenayah terbabit.
Dirogol dan dibunuh
Menurut Forum Keselamatan Awam Brazil, kadar kes rogol di negara Amerika Selatan meningkat 3.7 peratus pada 2021 kepada 56,098 kes. Pengarahnya, Samira Bueno memberitahu pembunuhan bayi perempuan pula berkurangan 2.7 peratus tetapi jumlah keseluruhan 1,319 pembunuhan pada tahun berkenaan, masih satu angka yang mengejutkan.
Meskipun berlaku pengurangan kecil pembunuhan bayi perempuan, jumlahnya masih terlalu besar. Angka ini menuntut ketegasan dan pelaksanaan dasar awam bagi melindungi mangsa selain mencegah dan mendepani keganasan terhadap wanita serta gadis disegerakan di Brazil.
Ujar Samira, kajian tersebut dibuat hanya berdasarkan laporan polis rasmi dan angka sebenar sudah pasti jauh lebih tinggi. Samira turut mendapati tahun 2020 mencatatkan peningkatan tinggi kes pembunuhan bayi perempuan antara Februari hingga Mei, ketika perintah berkurung dikuatkuasa dengan ketat akibat ancaman pandemik COVID-19.
Sumber: TRT World