berita

‘Sepatutnya Stesen Radio Beri Peluang Pada Graduan Bidang Penyiaran, Pelawak & Artis Banyak Merapu’

January 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Gambar hiasan

Sejak kebelakangan ini, beberapa isu membabitkan penyampai radio telah menjadi topik hangat dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tyzo Nafi Berniat Jatuhkan DJ Lin, Ucapan ‘Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini’ Spontan

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sentuh Anak-Anak Saya, Mereka Tak Bersalah’ – DJ Lin

Graduan bidang penyiaran

Bermula dengan kisah seorang penyampai yang kontraknya ditamatkan serta merta kerana mendakwa dianiaya rakan sekerja sehinggalah isu gaji penyampai yang dikatakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang apabila mendapati kebanyakkan pengemudi segmen di stesen radio dikendalikan oleh golongan selebriti.

Menerusi perkongsian di TikTok, pengguna media sosial tersebut berpendapat, tugas penyampai radio sewajarnya digalas oleh graduan yang memegang sijil atau mempunyai latar belakang dalam bidang penyiaran.

Sepatutnya stesen-stesen radio beri peluang pada graduan-graduan yang belajar dalam bidang penyiaran yang memang bidang dan kepakaran mereka mengemudi tugas dj radio.

Tapi sekarang penuh dengan pelawak dan artis. Kadang-kadang banyak cakap dan gelak daripada yang sepatutnya. Yang merapu pun ada.

Sementara itu, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang ada di antaranya menyokong kenyataan terbabit.

Menurut netizen, sekiranya dikendalikan oleh individu yang mempunyai latar belakang pendidikan bidang penyiaran, mereka yakin tutur bahasa yang disampaikan lebih teratur dan betul.

Pun begitu, ada segelintir yang kurang bersetuju apabila mendakwa sesetengah stesen radio lebih mementingkan ‘rating’.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×