berita

25 Bintang K-Pop Bakal Turun Malaysia Untuk ‘Golden Disk Awards’ Minggu Hadapan!

January 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Semua sedia maklum pada 15 dan 16 Januari ini akan berlangsungnya majlis berprestij ‘Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards’ bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur.

Menerusi acara penganugerahan ini, seramai 25 artis terkenal Korea akan datang ke Malaysia bagi memeriahkan lagi acara tersebut dan antara yang hadir adalah  Kumpulan Infinate, Super Junior, Kara, T-Ara, Sistar, Shinee serta HyunA daripada kumpulan 4Minute.

Secara umumnya, acara yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut ini bakal dibanjiri dengan ribuan peminat K-Pop dan tiket telah hampir habis dijual dengan harga RM199, RM688 dan RM999.

Untuk makluman, kumpulan Shinee dan BTOB dijangka akan tiba di Malaysia pada malam Ahad ini, manakala 10 lagi artis K-Pop yang bakal tiba pada hari Isnin adalah Infinate, 4Minute, Beast, Super Junior, Kara serta CN Blue.

Artis yang selebihnya bakal tiba pada hari Selasa dan Rabu iaitu bersamaan degan tarikh berlangsungnya majlis ‘Golden Disk Awards ke 27’ ini.

Berikut adalah senarai penuh 25 artis Korea yang bakal hadir :

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari www.goldendiskawards.asia atau htttp://www.facebook.com/GDA2013.

SKIP THIS AD ×