berita

Setahun Jagung Bukan Penghalang Syazia Atelier Tembus Pasaran Antarabangsa, Kota Paris Jadi Saksi ‘Fashion Show’ Pertama

March 11th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

syazia paris

Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier mula melangkah jauh apabila baru sahaja selesai mengadakan pertunjukan fesyen pertama di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Showcase’ Eksklusif 10 Tahun Shanell Harun, Julung Kali Beri Sentuhan Mewah Reka Barangan Kemas Xfox Jewels

Artikel Berkaitan: Shanell Harun Berhabis Ratusan Ribu, Bakal Buat Pertunjukan Fesyen Sulung Di Paris

Masih hijau dalam dunia fesyen

syazia paris

Menurut Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier, berkata perniagaannya baru setahun jagung ditubuhkan. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya berdiri dalam kelas tersendiri dan terus melebarkan sayap.

Kami baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukan fesyen di kota Paris.

Paris adalah kota fesyen yang terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukan fesyen pertama kami.

Perkenalkan batik

syazia

Kata Suhaila, dia memilih untuk mempersembahkan lapan koleksi resort mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden.

Ditanya kenapa batik menjadi pilihan, jawabnya kerana dia anak jati Terengganu selain merasakan ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa.

Kenapa memilih batik? Saya anak jati Terengganu. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik saya merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.

Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya.

Dalam pada itu, Suhaila berharap agar langkah kecil ini dapat diterima positif oleh orang ramai terutama untuk penggemar batik.

Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global.

Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, insya-Allah.

SKIP THIS AD ×