berita

Sharnaaz Memang Kejam!

January 18th, 2013 | by M
Filem Tempatan

ED7_9434

Lupakan isu keterlanjuran Shaarnaz yang didakwa pernah mencengkam leher seorang kru produksi drama. Lupakan juga sifat mengongkong dan cemburu Shaarnaz apabila ia melibatkan kekasihnya, Shila Amzah. Kerana, aku ingin membawakan fokus kamu terhadap lakonan kejam serta bengis dalam filem terbaru terbitan Filmscape, Juvana.

Daripada tv ke layar perak, Juvana masih mengekalkan watak-watak seperti Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang berjaya menobatkan jenama ini sehingga merangkul Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011. Bagi versi filem pula, aku lihat pengarah Faizal Ishak cuba mewujudkan impak yang lebih mendalam dengan pengenalan watak-watak baru, dan fokus aku di sini ialah, Lan Todak lakonan Sharnaaz.

Berbanding di tv, Daim lakonan Zahiril Adzim boleh dikategorikan sebagai bukan watak utama kerana plot kisahnya lebih tertumpu kepada permainan emosi cinta bersama Sara, lakonan Sheira Ayob. Sebaliknya, penekanan plot utama diberikan kepada Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang apabila mereka dihantar ke sekolah juvana baru, Sekolah Indera Bakti, bagi meneruskan tempoh hukuman selepas Wira Bakti ditutup.

ED7_9367

Sekolah baru, ketua samseng pun baru. Pada awalnya, Botak & Apek mendominasi babak kerana mereka cuba bertoleransi dan memahami budaya di tempat yang baru. Namun, mereka mula rasa terancam apabila Lan Todak mengugut akan membunuh kesemua pelajar Wira Bakti. Motif, adik kepada Lan Todak, seorang pelajar Wira Bakti mati terbunuh dan Lan Todak berkeras bahawa mereka adalah penyebabnya.

Sesuai dengan perwatakan agresif, kekejaman Lan Todak ditunjuk oleh pengarah melalui babak dimana dia telah meliwat seorang pelajar dengan dibantu oleh kuncu-kuncunya.

Tak terhenti di situ, Lan Todak nyata lebih kejam apabila melancarkan serangan pertamanya kepada bekas pelajar Wira Bakti sebagai tanda balas dendam atas kematian adiknya. Ketika ini, aku lihat sikap survival mereka yang menggunakan apa sahaja objek yang keras dan tajam untuk dijadikan senjata bagi melindungi nyawa. Kesannya, seorang mangsa tenat kerana dicurah dengan minyak panas. Manakala, seorang lagi cedera di tangan ekoran ditikam.

Serangan secara fizikal ini membuatkan Botak & Apek tak duduk diam. Akhirnya, Apek berkeras untuk membalas kekejaman Lan Todak bagi melindungi keselamatan rakan-rakannya.

Bayangkan, apakah yang akan terjadi apabila dua ketua samseng, sama keras kepala, sama ganas, bertembung demi menuntut dendam kesumat?

Secara keseluruhannya, filem ini mengingatkan kita bahawa jangan sesekali melakukan jenayah kerana kehidupan di dalam penjara secara realitinya memang seperti yang digambarkan dalam Juvana. Yang kuat jadi ketua samseng, yang hensem jadi bahan santapan.

Aku berharap filem aksi Juvana ini akan berjaya mendapat tempat di hati penonton dan memberikan pengajaran kepada anak-anak muda di luar sana.

Juvana bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 Januari 2013.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.