berita

‘Show Off’ Hidup Mewah, 2 Influencer Terlibat Aktiviti Pelacuran Ditahan Polis Ketika Tunggu Pelanggan Di Hotel

November 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dua personaliti media sosial Indonesia yang berusia 20 dan 23 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Ditahan masa tunggu pelanggan

Memetik laporan Oke Zone, dua pempengaruh yang dikenali dengan nama DN dan PI itu dikatakan sering mempamerkan kemewahan mereka di media sosial. Difahamkan, kedua-dua gadis ini ditahan ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Kota Makassar, Indonesia pada Jumaat lalu.

Turut ditahan adalah dua individu lain berusia 25 dan 31 tahun yang juga merupakan orang tengah aktiviti pelacuran ini dan mereka lah yang akan menetapkan harga dengan si lelaki hidung belang.

Menurut sumber, pihak polis sudah lama menghidu kegiatan haram pempengaruh ini yang akhirnya membawa kepada penahanan. Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua gadis ini dikatakan hanya menerima pelanggan dalam kalangan orang terdekat sahaja dan akan menolak sekiranya ada orang yang tidak dikenali mahu menggunakan khidmat pelacuran mereka. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Oke Zone

SKIP THIS AD ×