berita

Shuk Sahar Buka Kedai Kopi Tepi Jalan, Syukur Rakyat Malaysia Tak Putus Beri Sokongan

September 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pernah dikecam gara-gara terpalit dengan konflik cinta segi, pelakon dan pelawak Shuk Sahar terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki.

Artikel Berkaitan: ‘Tengok Badan Pun Dah Tahu Siapa..’ – Shuk Report Polis Isu Video Tak Pakai Baju

Keluar duit sendiri

Akui bukan mudah untuk memulakan sebuah perniagaan ketika diri sedang dilanda kontroversi namun Shuk bersyukur kerana masih mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, empat bulan pertama adalah tempoh masa yang mencabar dalam mengusahakan perniagaan kafe minuman, Semooth Cafe. Dia terpaksa mengeluarkan wang modal selain sendiri turun padang menghantar tempahan ke rumah pelanggan.

Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpaksa turun pergi rumah ke rumah dan buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman.

Alhamdulillah… orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.

Perniagaan saya, alhamdullilah tak terjejas pun dengan kontroversi yang berlaku dan alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir.

Tolong peniaga kecil

Dalam pada itu, bekas penyampai radio ini semakin menapak jauh apabila membuka peluang kepada peniaga kecil dengan menawarkan kedai kopi di tepi jalan dengan hanya bermodalkan RM4,000.

Dedahnya, perniagaan itu merupakan idea asal daripada isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali dengan Sera.

Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.

Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga.

Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga.

Terdahulu, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Sekitar awal Ogos lalu, konflik cinta segi Shuk seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.

Bagaimanapun, Shuk dan Sera segera bertindak membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

 

Instagram: @shuk_sahar

SKIP THIS AD ×