berita

Siap Bawa Air & Skrip Bila Pengarah Kata ‘Cut’, Ozlynn Terharu Anak Lelaki Teman Jadi PA Semasa Shooting – ‘Betul Betul Ikut Cakap Papa’

January 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, Ozlynn meluahkan rasa syukur kerana anak lelakinya iaitu Haziq seorang yang sangat rajin dan sudi menemaninya ketika menjayakan satu sesi penggembaran. Menurut Ozlynn, Haziq menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali dan mengikut segala arahan yang telah diberikan kepadanya.

Betul-betul ikut cakap papa

Setiap kali pengarah cakap ‘cut, Ozlynn memberitahu Haziq akan terus datang kepadanya dan membawa sebotol air serta skrip. Sebagai ibu, Ozlynn terharu dan memberi pujian buat Haziq kerana berjaya menjadi pembantu peribadi yang sangat baik. Tambah Ozlynn, Johan sudah memberi pesanan kepada Haziq sebelum mengikutnya pergi bekerja. Setiap pesanan yang diberikan oleh Johan ternyata berjaya dituruti oleh Haziq.

The Best p.a. Lewat macam mana pun habis kerja tetap jalankan tanggungjawab jaga mama, air botol mama dekat tangan dengan skrip. Masalah dia satu, tidur lewat nak bangun subuh. Part ni mama kena bawa bersabar. Makna ada kelebihan dan kekurangan. Tapi yang paling best dia selalu offer diri nak tolong even kita tengah masuk pun dia akan tanya nak tolong boleh tak.

Bercerita lebih lanjut, Ozlynn memberitahu Haziq rajin membantunya di rumah. Ada kalanya, Haziq akan mengikut Johan ke pejabat dan membantu ayahnya untuk menampal resit.

Latih dari awal

Papa kau ni awal kahwin mama kau juga yang tolong berus jamban. Lepastu masa abang Ariq kecil itu la dia baru mula tonyoh bilik air sebab mama dah mula terbeliak mata. Kemas katil lulus pun masa anak sulung masuk tadika. Tapi yang penting suami ada hati nak belajar dan membantu. Bukan setakat arah, lepas tu balik rumah buat muka penat main telefon.

Di samping itu, Ozlynn turut berkongsi sikap Johan yang rajin dan sentiasa membantunya untuk menyelesaikan kerja rumah. Jelas Ozlynn, Johan sudah tahu apa yang dia perlu lakukan ketika berada di rumah dan tidak perlu disuruh lagi. Berikutan daripada itu, Ozlynn berasa lega dan bersyukur kerana suami dan anak-anaknya sudah tahu tanggungjawab masing-masing.

Sumber: Ozlynn

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×