berita

Apa Yang Buatkan Raya Korang Pada Tahun Ni Terasa Lebih Istimewa?

April 9th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Macam mana sambutan Raya korang tahun ni? Seronok tak? Hari Raya Aidilfitri memang istimewa sebab ni je la masanya untuk kita dapat berkumpul dengan insan tersayang.

Bila dah berkumpul, semestinya kita bersama-sama menikmati pelbagai hidangan raya yang enak belaka. Ada ketupat, rendang, dodol dan sebagainya. Raya pertama je dah makan macam-macam tau.

Tak dinafikan hidangan raya yang istimewa dapat jadikan pertemuan tu lebih bermakna. Mereka yang menyediakan hidangan raya sememangnya wira terhebat yang patut dikagumi!

MAGGI® jadi peneman setia, hargai tukang masak tanpa mengira siapa

Korang cuba sekali-sekala ke dapur tu. Tengok, siapa yang masakkan hidangan untuk korang buat Raya tahun ni? Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka ya.

Waktu Raya nanti mesti korang ziarah-menziarahi kan? Semestinya tuan rumah akan masakkan hidangan raya yang enak untuk korang. Tak salah untuk ucapkan terima kasih atas penat lelah mereka.

Cerita pasal tukang masak ni, mesti la MAGGI® yang jadi peneman setia mereka di dapur. Tanpa mengira siapa, MAGGI® sentiasa hargai tukang masak yang ada di dunia.

Korang tahu apa yang terjadi pada bulan Ramadan tahun ni? Bila kami dapat tahu, kami pun terkesima. Kagum dibuatnya.

Tukang masak ini kongsi kisah mereka yang berharga

  • Encik Abd Ghani

Encik Abd Ghani, berusia 68 tahun, ialah Ketua Tukang Masak yang setia di PPR Desa Rejang selama 25 tahun. Beliau terkenal dengan kepakaran dan minatnya dalam menyediakan hidangan untuk komuniti tempatan.

Kalau korang nak tahu, En Abd Ghani adalah antara tukang masak komuniti PPR yang telah bersama-sama membantu memasak dan mengagihkan bubur lambuk di bulan Ramadan.

Saya sangat gembira melihat penduduk menikmati hidangan yang saya sediakan, terutamanya golongan-golongan asnaf yang memerlukan. Terima kasih kepada MAGGI® atas sokongan mereka, yang membolehkan saya terus memasak bubur lambuk dan berbakti kepada komuniti pada bulan Ramadan.

-Encik Abd Ghani-

  • Puan Marsitah binti Daud

Marsitah binti Daud, berusia 48 tahun, merupakan chef dan pemilik perniagaan Masrith Empire yang mula memasak pada tahun 2019. Beliau sering menyediakan hidangan berkhasiat buat pekerja-pekerja di Jabatan Perhutanan Negeri Johor, tempat suaminya bekerja.

Sebagai tukang masak, tidak dapat saya gambarkan kepuasan melihat pekerja-pekerja bahagian perhutanan menikmati sajian yang berkhasiat, saya juga dapat menyalurkan kasih sayang dengan sentuhan istimewa daripada seorang ibu.

-Marsitah binti Daud-

  • Puan Rozekna

Puan Rozekna, Ketua Tukang Masak di PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani, Kedah, berusia 57 tahun dan telah memulakan perjalanan memasak untuk komuniti sejak tahun 2004. Beliau aktif dalam menyediakan hidangan untuk majlis dan kenduri di kawasan PPR, selain juga menjadi Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan PPR Paya Nahu 2.

Saya mula memasak untuk komuniti sejak tahun 2004 untuk membantu mereka yang memerlukan. Di PPR ini, terdapat ramai ibu tunggal, asnaf, dan persatuan yang bergerak aktif. Kerjasama dan semangat daripada kesemua 22 blok di sini dan juga pihak MAGGI®, memberikan saya semangat untuk terus berbakti melalui hidangan yang saya sediakan.

-Puan Rozekna-

Para tukang masak dah sediakan hidangan berkhasiat pada bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sepenuh hati. Air tangan mereka yang ikhlas patut dicontohi ramai.

Jom tonton kisah Dikaulah Jiwa Raya daripada tukang masak komuniti yang cukup bermakna!

Sempena “Dikaulah Jiwa Ramadan dan Raya”, MAGGI® keluarkan 3 video yang penuh inspirasi, istimewa untuk tukang masak yang telah bertungkus lumus sewaktu Ramadan & Raya!

Sempena Ramadan dan Syawal yang penuh bermakna, mari la sama-sama kita tonton video dengan kisah tukang masak yang menyentuh jiwa ni. Jom!

Dah tonton video tu? Semestinya korang akan menghormati dan menghargai wira yang tak didendang ni. Di sebalik setiap hidangan, adanya kisah yang menyentuh jiwa. Ini baru kita panggil superhero!

Kalau korang tengok apa yang dikongsikan oleh tukang masak ni, kami yakin korang akan tertarik untuk beramal. Pengalaman yang cukup bermakna di bulan Ramadan.

Dalam hidup ni, bukan setakat tukang masak komuniti, tapi kita juga harus hargai mereka yang telah bertungkus lumus memasak di rumah. Tak kisah la suami, isteri, ayah, ibu, abang, kakak sekalipun.

Sebab mereka la insan-insan yang banyak menabur budi dalam menyajikan hidangan untuk orang yang dekat di hati mereka. Memang wajar dihargai dan dijadikan inspirasi!

Air tangan daripada sesiapa pun, kita patut hargai. Tapi bukan pada Hari Raya je tau. Setiap hari kita kena hargai mereka yang dah memasak untuk kita.

SKIP THIS AD ×