berita

Siti Nurhaliza Hulur Duit Kepada ‘Frontliners’ Buat Beli Goreng Pisang, Peminat Puji Tak Lokek Kongsi Rezeki – ‘Memang Tak Sombong & Tak Kedekut’

December 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial. Kalau sebelum ini, penampilan Siti atau lebih mesra disapa Tokti di beberapa acara menjadi ‘spotlight’ dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: Jam Mewah Siti Nurhaliza Di KLFW Jadi Tumpuan, Netizen Gali Harga Anggar Bernilai RM1.1 Juta?

Artikel Berkaitan: Penampilan Siti Nurhaliza Curi Perhatian Lagi, Netizen Cari Harga Tudung Rupanya Sehelai RM4,100

Hulur sejumlah duit

@cikjan_88Love u Mak Iti ?? ##ctdk? Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Terbaru, menerusi perkongsian di TikTok @cikjan_88, memaparkan Siti, 42, memberi duit belanja kepada petugas barisan hadapan atau frontliners.

Difahamkan, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin baru sahaja selesai melakukan ujian swab test secara pandu lalu.

Menaiki kereta hitam jenis Toyota Velfire, Siti kelihatan mesra menyapa petugas yang bertugas lalu menghulurkan beberapa keping Ringgit Malaysia.

Mak Iti belanjalah, belilah apa-apa, goreng pisang.

Sebab itu Allah murahkan rezeki

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan sifat peribadi pelantun lagu Anta Permana yang bermurah hati dalam berkongsi rezeki.

@CikguHmj: Satu pakej.. cantik, berbudi bahasa dan berbakat. Allahu.

@anakmak: In real jumpa Datuk Seri Siti memang jatuh cinta sangat. Tak fake, memang baik dan lembut orangnya.

@MinHaziq373: Subhanallah. Cantik, tak sombong, pemurah dan berbudi bahasa. Sebab itulah Allah murahkan rezeki.

@aisayim: Kak Iti memang seorang yang sempoi.

@AA: Sumpah cakap. Mak Iti ni orang dia memang tak sombong dan tak kedekut. Salute dia.

Selain daripada itu, ada juga pengikut yang memberi fokus kepada kelakuan ibu kepada dua orang anak yang membuka kasut ketika berada di dalam kereta.

@aisyahkhadijah33: Ingatkan kita ja suka buka kasut dalam kereta. Mak Iti pun sama.

@adibahomar79: Sama macam saya juga suka buka kasut. Cantik betul la Tok Ti.

Sumber: Tik Tok @cikjan_88

SKIP THIS AD ×