berita

‘Peminat Kenal Suara Saya Walaupun Dah Menyamar..’ – Stacy

February 19th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Astro Gempak

Penyanyi, Stacy yang memakai kostum bunga matahari dinobat sebagai juara dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia Musim (TMSM) musim keempat.

Artikel Berkaitan: Tepati Ramalan! Stacy, Bunga Matahari Pemenang The Masked Singer Malaysia 4

Peminat yakin Bunga Matahari ialah Stacy

Ketika ditemui OhBulan!, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy binti Anam meluahkan rasa syukur atas kemenangannya dalam program tersebut.

Tambah Stacy, meskipun dia dikatakan gagal menyembunyikan identiti dirinya namun dia berbangga dan terharu kerana peminat masih mengenali suaranya sejak dari awal penyertaan dalam pertandingan itu.

Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar. Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut.

Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari. Anak-anak pun tahu saya Bunga Matahari, mereka dengar saya berlatih menyanyi di rumah.

Apabila ditanya mengenai cabarannya saat memakai kostum Bunga Matahari berkenaan, Stacy berkata dia mengalami kesukaran kerana kostum tersebut sangat berat sehingga menyukarkan pergerakannya. Tambah Stacy lagi, dia pernah hampir pitam ketika menyampaikan lagu Run The World.

Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.

Sekadar info, Stacy diumumkan juara The Masked Singer Malaysia musim keempat menewaskan empat pesaing lain iaitu Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali).

SKIP THIS AD ×