berita

Suami Sering Beri ‘Hint’ Untuk Tukar Kereta Baru, Isteri Achey Terkejut Terima Hadiah Kereta Mercedes-Benz Sempena Ulang Tahun Kelahiran

March 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelawak dan penyanyi, Achey sudah memberi hadiah kepada isterinya, Nor Hasanah Yahya sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz sempena ulang tahun kelahiran wanita itu pada April nanti.

Berjasa selama tujuh tahun

Menerusi satu video di laman Instagram, Nor Hasanah atau mesra dipanggil Anne berkata, suaminya sering memberi ‘hint’ untuk menukar kereta baharu sebelum ini apatah lagi anak mereka sudah semakin membesar.

Alhamdulillah terima kasih @acheykintangkintung bagi hadiah birthday awal-awal betul ni. Dia kata boleh buat raya. Patut la asyik hint-hint kita je. Muat lagi ke awak keluar dengan tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu. Kita cakap la boleh la, selit-terselit. Rupanya dia dah rancang awal.

Tambah Anne, kereta Audi miliknya telah banyak berjasa sejak tujuh tahun lalu dan sudah tiba masa untuk menggantikan dengan kenderaan yang lebih luas bagi keselesaan ahli keluarga.

Terima kasih juga baby kuning berkhidmat 7 tahun dengan saya. Tak pernah rosak, tak pernah meragam dekat mana-mana. Alhamdulillah dia jaga kami 1 keluarga dengan baik. Terima kasih banyak-banyak, jasamu dikenang. Nak jual dia pun air mata berderai sebab terlalu sayangkan dia. Tapi apakan daya, kami bertiga naik tak muat kereta dah. Tu yang Achey gantikan dengan baby baru.

Tumpang gembira

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan mengucapkan syukur dan mendoakan pasangan berkenaan agar sentiasa bahagia serta dimurahkan rezeki.

Sumber: Anne

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×