berita

Syamsul Yusof Tidak Jadi Lafaz Cerai, Puteri Sarah Enggan Tarik Kes Ira Kazar & Keluarga

April 18th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berpanjangan lagi apabila mereka gagal mencapai persetujuan perbincangan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tiada lafaz cerai

Syamsul, 39, tidak jadi menceraikan Puteri Sarah. Prosiding itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas, pada jam 11.45 pagi.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Selain itu, proses sulh yang berlangsung pagi tadi juga tidak berhasil apabila gagal mencapai persetujuan.

Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.

Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Video

@ohbulanofficial

Replying to @masitadaud Macam biasa, no komen dari Syamsul.. #ohbulan #fyp #SyamsulYusof

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×