berita

Syura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Muhammad Umar Eussof

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Syura Badron, selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. Tahniah!

Syukur Alhamdulillah

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka.

Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.

Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua.

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini.

Menerusi posting yang sama, pasangan suami isteri ini turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut.

Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof.

Sumber: Syura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×