berita

Tahap Oksigen Tiba-Tiba Turun, Rakan Artis Doa Anak Amyra Rosli Segera Sembuh

April 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Amyra Rosli berkongsi perkembangan mengenai keadaan anak keduanya, Ayra Aryssa yang mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu di InstaStory miliknya. Isteri kepada pelakon Amar Baharin itu berkata, anaknya dijangkiti penyakit Kawasaki dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Berikutan daripada itu, ramai rakan artis meluahkan rasa bimbang dan berdoa agar anak kecil tersebut segera sembuh dan dapat pulang ke rumah dan bermain dengan abangnya.

Tompok merah di seluruh badan

Menerusi perkongsian sekeping foto, Aryssa yang sedang tidur dilihat mengalami ruam dengan kesan tompokan merah di seluruh badan termasuk pada bahagian telinganya.

Ya ini kondisi anak saya sekarang. Jangkitan Kawasaki. Seluruh badan dia kena serangan. Kesian dia. Myra baca semua DM (pesanan mesej) dan komen korang tapi tak berkesempatan lagi nak balas. Maaf sangat. Semua dah reda nanti Myra balas. Terima kasih yang mendoakan Aryssa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis seperti Nad Zainal, Diana Danielle, Dato Sri Siti Nurhaliza, Puteri Sarah Liyana dan Hannah Delisha memberi kata-kata semangat serta doa buat Aryssa agar kanak-kanak berusia 2 tahun itu kembali sihat. Menurut Tok Ti, hatinya sangat luluh apabila melihat anak kecil sakit. Manakala, Puteri Sarah berharap Amyra dan Amar terus kuat dengan ujian ini.

Semoga diberi kesembuhan segera

Terbaru, keadaan kesihatan Aryssa dilaporkan semakin merosot selepas dijangkiti virus Kawasaki tersebut. Amyra yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

Sumber: Amyra Rosli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×