berita

Tahniah! Shaheizy Sam Berjaya Mengulangi Kejayaan Di ABPBH 2012

April 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Shaheizy Sam

Sebentar tadi telah berlangsungnnya anugerah penuh berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Anugerah yang bertemakan Ledakan Geometri kali ini telah menampilkan tiga pengacara hebat, iaitu Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan sebagai penyeri majlis dan nampaknya keserasian gandingan ketiga-tiga pengacara ini mampu membangkitkan lagi kehangatan aura ABPBH sebentar tadi.

Untuk makluman, ABPBH kali ini menampilkan sedikit kelainan, dengan menampilkan enam kategori baru yang diundi menrusi ‘online,’ di mana antara kategori yang dipertandingkan adalah Gandingan Serasi di Layar, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh di Laman Sosial serta Watak Jahat Dalam Filem atau Drama.

Wah, meskipun Zizan berjaya mendominasi kebanyakan kategori ABPBH pada malam ini, akan tetapi populariti Shaheizy Sam tidak boleh disangkal lagi apabila aktor berbakat tersebut berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 dengan berjaya mendapat kutipan sebanyak 79,656 undian sekaligus berjaya membawa pulang set barang kemas dari Habib Jewels, Kereta Nissan serta Trofi ABPBH. Tahniah! diucapkan untuk Shaheizy Sam.

Berikut kami lampirkan keputusan penuh pemenang-pemenang ABPBH 2012. Adakah kesemua pemenang menepati ramalan anda semua?

Artis Baru Lelaki Popular : Aiman Hakim Ridza

Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

Watak jahat dalam filem atau drama popular : Sofi Jikan

Artis Duo/Berkumpulan Popular : Black & Malique

Pengacara TV Lelaki Popular : Dato’ Aznil Hj Nawawi

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Gandingan di layar serasi Terbaik : Johan & Zizan Razak

Pelakon TV Lelaki Popular : Aaron Aziz

Artis Baru Wanita Popular :  Wawa Zainal

Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

Watak Animasi Tempatan Popular : Upin & Ipin

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Pelakon TV Wanita Popular : Nabila Huda

Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan Razak

Artis Berpengaruh Laman Sosial Popular : Zizan Razak

Penyanyi Wanita Popular : Shila Amzah 

Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Kumpulan Search

 Artis Lelaki Stailo : Zizan Razak

Artis Wanita Stailo : Melissa Francis

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

Pelakon Filem Wanita Popular : Yana Samsudin

Artis Asia Paling Popular : Zizan Razak

Artis Paling Popular Berita Harian : Shaheizy Sam

SKIP THIS AD ×