berita

Tak Boleh Balik Sebab Ribut Salji, IKEA Benarkan Staff & Pelanggan Tidur Dekat ‘Showroom’

December 7th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Staf dan pelanggan sebuah IKEA di Denmark terpaksa bermalam di dalam gedung perabot itu berikutan ribut salji yang melanda utara negara tersebut. Pihak berkuasa Denmark pada malam itu telah menasihatkan orang ramai untuk tidak memandu kerana keadaan cuaca yang bahaya.

Pengalaman sekali seumur hidup

Berikutan salji setebal 30 sentimeter melitupi bandar Aalbord di Utara Jutland, Denmark sekurang-kurangnya 25 staf dan 6 orang pelanggan terkandas, dan terpaksa bermalam di IKEA. Jumlah staf yang terkandas itu turut merangkumi staf dari kedai mainan yang terletak bersebelahan.

Pada malam itu, pihak berkuasa tempatan telah menasihatkan orang ramai untuk tidak memandu kerana keadaan cuaca yang bahaya. Kurang bernasib baik berbanding mereka yang berlindung di IKEA, 300 yang lain pula terkandas di sebuah lapangan terbang di Aalborg.

Syarikat perabot terkemuka dari Sweden itu menyediakan pelbagai kelengkapan rumah untuk digunakan agar kesemua mereka yang terkandas selesa untuk bermalam di situ. Malah, mereka semua diberikan peluang untuk memilih katil sendiri di bilik pameran untuk dibuat tidur.

Keesokannya, mereka semua disajikan dengan sarapan pagi dan setiap orang diberikan bantal percuma sebagai kenangan untuk peristiwa yang diibaratkan oleh Pengurus, Peter Elmose sebagai ‘pengalaman sekali seumur hidup’.

Menurut Elmose, kesemua cadar, sarung bantal dan selimut ditukar pada pagi tersebut sebelum premis dibuka untuk kunjungan pelanggan.

Sumber: House Beautiful

SKIP THIS AD ×