berita

Tak Dapat Enjoy Percutian Kerana Ekzema? Ini Merupakan 8 Cara Untuk Mengelakkan Keradangan!

December 19th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Setiap orang memerlukan rehat yang secukupnya bagi membantu memulihkan sama ada mental atau fizikal mereka. Bagi sesetengah orang berehat ni mudah, hanya perlu ke tempat yang menenangkan dan luangkan masa sendiri atau bersama yang tersayang.

Namun tidak bagi seseorang yang menghidapi dermatitis atopik (AD)! Dermatitis atopik atau lebih dikenali sebagai ekzema sangat mudah untuk dicetuskan oleh faktor yang pelbagai yang membuatkan sesi percutian korang tu mungkin akan sedikit terganggu.

Walaupun keadaan ini seolah-olah menjadikan satu-satu percutian itu mungkin lebih menyusahkan berbanding keseronokan, namun hakikatnya AD boleh diuruskan dengan baik menggunakan gabungan terapi yang terdiri daripada pelembap dan kortikosteroid topikal, kepada rawatan yang lebih maju seperti imunosupresan dan suntikan contohnya terapi biologik¹.

Dr Norazirah Md Nor, Pakar Perunding Dermatologi

Menurut Dr Norazirah Md Nor, Pakar Perunding Dermatologi, apabila bercakap tentang bercuti dengan dermatitis atopik, perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah adakah masalah kulit anda diuruskan sebaiknya.

Ini kerana jika dermatitis atopik seseorang itu terkawal maka kuranglah kemungkinan untuknya mengalami keradangan.

Antara faktor yang boleh mencetuskan keradangan ialah:

  • Perubahan cuaca seperti suhu dan tahap kelembapan
  • Makanan yang berbeza dengan makanan harian
  • Debunga
  • Alergen udara seperti perubahan zon masa, pengaturan waktu dan tempat tidur ketika bercuti.

Ini merupakan 8 cara untuk mengelakkan keradangan ketika bercuti!

1- Bawa kit Dermatitis Atopik (AD) yang lengkap

Bukan sahaja lengkap tapi lagi baik kalau korang bawa lebih! Ini termasuklah ubat-ubatan topikal, oral, losen serta barangan penjagaan peribadi. Bawa barangan yang selalu korang guna dekat rumah seperti pelurus rambut atau pengering rambut.

Jangan lupa untuk sediakan ubat-ubatan tersebut versi pek mini atau travel size untuk digunakan ketika dalam perjalanan ke destinasi nanti.

2- Lembapkan, lembapkan, lembapkan!

Peranan pelembap untuk membantu dermatitis atopik ni sangat lah kurang dihargai menurut Dr Norazirah. Pelembap ni hendaklah disapukan sepanjang hari tau supaya bila korang berhadapan dengan air liat iaitu air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi, udara kering atau faktor lain, ia boleh membantu untuk mengurangkan kekeringan.

Walapun korang ada menggunakan pencuci yang bersifat lembut atau berasaskan krim, pelembap ni wajib digunakan!

3- Sentiasa lindungi diri dari apa-apa pencetus keradangan

Pilih tempat yang tidak terlalu panas untuk percutian korang tu. Ini kerana, pendedahan cahaya matahari yang berlebihan boleh memburukkan gegala dermatitis atopik. Adalah lebih baik untuk korang berada di tempat teduh pada waktu paling panas iaitu pada pukul 9 pagi – 3 petang. Jangan lupa pakai krim pelindung matahari tau.

Bukan je cuaca panas, tapi peluh tu pun boleh mencetuskan gejala dermatitis atopik, jadi walaupun ditempat teduh, korang masih kena berada di tempat yang bersuhu sederhana diantara 22-26 darjah celcius. Pakai pakaian yang berfabrik lut udara supaya wap air boleh berpindah dengan baik ya guys.

Jika persekitaran udara yang kering dan sejuk dan menyebabkan kulit korang kering dari biasa, korang perlu pakai pelembap yang sesusai iaitu yang mempunyai tekstur lebih pekat seperti balsam atau krim berbanding losen.

4- Rancang keperluan pemakanan lebih awal

Bercuti adalah masa yang paling sesuai untuk kita mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi makanan. Tapi kalau ada alahan, ia boleh menjadi satu cabaran untuk kita. Nak mudah, korang buat sedikit penyelidikan dulu sebelum ke tempat tersebut.

Senaraikan kedai makanan yang terkenal di kawasan percutian tu kemudian lihat menu mereka. Semak kandungan masakan tersebut siap-siap, jadi bila di sana mudah lah, korang boleh terus je order tanpa was-was! Nak bawak snek sendiri pun boleh!

5- Elakkan alergen yang diketahui

Hama debu dan sel kulit hati dari haiwan peliharaan yang biasa di tempat tidur, permaidani dan fabrik sofa adalah antara pencetus yang berpotensi menyebabkan keradangan, selain asap rokok dan alergen di udara.

Jika semua ni boleh mencetuskan gejala korang, masa booking tu terus minta pihak hotel untuk berikan bilik yang bebas haiwan peliharaan dan bawa juga antihistamin untuk membantu menguruskan sebarang reaksi atau gejala.

6- Pemilihan pakaian juga sangat penting!

Fabrik yang ringan dan lut udara sangat sesuai untuk iklim panas dan lembap. Untuk cuaca sejuk, amat penting memakai beberapa lapisan pakaian, mudah untuk korang tambah sendiri atau kurangkan mengikut keperluan serta dapat mengelakkan haba atau kelembapan yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 

7- Kurangkan tekanan

Elakkan menyusun jadual terlalu padat dan lebihan masa berehat. Korang juga digalakkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mendapatkan pandangan yang berbeza ketika bercuti. Kekal hidrat dan ambil pemakanan yang seimbang pun penting ketika bercuti tau!

8- Sentiasa bersedia!

Kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, kesilapan tempahan dan macam-macam perkara lagi kadangkala tidak dapat dielakkan.

Bagi mengelakkan korang tidak bersedia dan stress jika perkara ini berlaku, sentiasa sediakan sepersalinan pakaian, kelengkapan dandanan diri, ubat-ubatan dan preskripsi tambahan supaya korang boleh dapatkan kelengkapan ubat yang baru.

“Secara ringkasnya, apabila anda dapat menjangkakan potensi pencetus keradangan, anda akan lebih bersedia menanganinya. Jadi jika anda seorang pesakit AD, atau melancong bersama pesakit AD, beberapa persediaan yang dirancang dengan teliti boleh membantu anda menguruskan keadaan supaya anda boleh bercuti dengan tenang,” jelas Dr Norazirah. 

Untuk nasihat lanjut, sila berbincang dengan pakar dermatologi tentang cara terbaik menguruskan dermatitis atopik (AD) ketika bercuti.

Semoga tips ini bermanfaat guys! Selamat bercuti!

 

Rujukan:

1:  Clinical Practice Guidelines, Management of Atopic Eczema, 2018. MOH/P/PAK/393.18(GU). Available at: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Skin%20Condition/CPG%20Management%20of%20Atopic%20Eczema.pdf

SKIP THIS AD ×