berita

Tak Perlu Risau Udara Pawagam Tercemar Bersama Teknologi Pensterilan Udara Cerafusion™ Medklinn!

April 3rd, 2023 | by Emalin Zalani
Kini Trending

Setelah hidup dalam pandemik, secara beransur-ansur, semua perniagaan akhirnya dibuka semula. Korang pun mesti tak sabar untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa kan?

Tapi tiada perniagaan yang terlepas dari cabarannya. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu, sambil memastikan perniagaan berjalan dalam keadaan selamat dan mematuhi garis panduan kesihatan awam.

Ambil contoh kajian CineCov di Jerman – pawagam jadi lebih selamat untuk penonton!

Sekarang pergi mana-mana pun kena berhati-hati, termasuk la tengok wayang. Sebab tu la pihak pawagam sentiasa berusaha untuk menawarkan persekitaran yang lebih selamat untuk para penonton yang hadir ke pawagam.

Sebagai contoh protokol kebersihan, pemakaian topeng muka, penjarakan sosial dan peningkatan pengudaraan untuk dewan pawagam telah disediakan. Tapi bukan itu je, terdapat pelbagai lagi langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan

Contohnya di Jerman, kajian CineCoV telah dimulakan oleh organisasi industri filem `Spitzenorganisation der Filmwirtschaft`, e. V. (SPIO), di mana pawagam dan dewan besar dapat capai tahap kebersihan yang lebih tinggi. Udara dalaman pun lebih selamat.

Macam mana proses kajian itu dibuat di pawagam Jerman?

Percaya tak? Kajian tu dibuat di pawagam Cincinnati di Munich dan pawagam Trifthof di Weilheim dan diuji menggunakan Teknologi Cerafusion™

Bukan itu sahaja, pawagam itu siap dilengkapi dengan alat pensterilan udara. Caranya ialah dengan melepaskan oksigen aktif ke dalam dewan melalui lapan muncung ke seluruh pawagam. Kesannya terhadap pengurangan dan penyahaktifan virus bawaan udara juga dapat diuji.

Kini teknologi Cerafusion™ Malaysia telah digunakan di 6 pawagam, 21 di dewan pawagam dan 2,274 tempat duduk di Jerman sejak hujung tahun 2021. Wow bangganya jadi anak Malaysia!

Teknologi Pensterilan Cerafusion™ Medklinn sudah diguna pakai di pelbagai lokasi pawagam di Malaysia

Korang tahu tak di Malaysia sahaja, Teknologi Pensterilan Cerafusion™ Medklinn telah digunakan di Teater Aurum, The Gardens Mall di Kuala Lumpur dan Teater Aurum, The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru.

Pawagam GSC merancang untuk menggunakan teknologi ini secara beransur-ansur di lebih banyak lokasi. Ini semua untuk meningkatkan pengalaman menonton dan kesejahteraan pelanggannya juga!

Bahkan, Cerafusion™ juga memperkenalkan teknologi hijau dan penjimatan sumber yang telah mendapat sambutan dan dilaksanakan di tempat lain seperti pembuatan makanan, hotel, restoran, gym dan pejabat. Lagi pencapaian yang mengagumkan!

Haa… jadi korang nampak kan? Cerafusion™ memang terbukti sangat berkesan dan cekap dalam meningkatkan pengudaraan keseluruhan dan pensterilan udara dalaman pawagam.

Tambahan pula, usaha ini dapat mencerminkan kepercayaan teguh syarikat bahawa perlu ada pengurangan bahan kimia berbahaya. Nak tak nak, kita perlu lebih bergantung pada kemajuan teknologi dalam bidang kebersihan.

Dengan daya tahan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh perniagaan sepanjang pandemik, ada sebab untuk mempercayai bahawa mereka ini akan terus berkembang maju dan berinovasi dalam dunia pasca COVID.

Semoga lebih banyak lagi syarikat di Malaysia dapat mencipta teknologi yang hebat seperti ini! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cerafusion™ Medklinn boleh klik link sini.

SKIP THIS AD ×