Kita ni sebenarnya beruntung sebab dapat hidup dalam kalangan berbilang kaum. Bermacam adat, budaya, serta agama dan semuanya saling menyantuni dan hormat-menghormati. Bukan senang nak mengekalkan keamanan dan perpaduan macam ni. Sekarang pulak dah ada kaum atau bangsa lain datang ke negara kita sama ada untuk belajar, bekerja dan sebagainya.
Setiap hari orang akan bercerita soal perpaduan, tapi sejauh mana kita terapkan semangat perpaduan dalam diri kita. Bila kita perjuang soal bangsa, dikata pula kita racist. Berbeza budaya, adat, dan agama bukan bermakna kita boleh sesuka hati menidakkan orang lain, kan? Kalau pun ada segelintir bangsa lain yang buat hal, jangan kita terus judge diorang semua tak baik. Betul tak? Jom baca pendapat kawan kita tentang isu ni.
Buka pemikiran kita budak local
Assalamualaikum. Thank you admin kalau entry saya ni dipamerkan! Sebelum aku bebel panjang ni, aku cakap awal-awal eh, tujuan aku tulis entry/confession ni bukan nak taksub dengan mana-mana di UIA ni tapi nak buka sikit pemikiran kita budak local yang kadang agak sempit ni.
Tajuk confession ni ialah “Racist”. Okay, kita duduk dekat Malaysia ni berbilang kaum, bangsa dan agama. Majoriti ada Melayu, Cina dan India. Kita dipupuk supaya tidak menimbulkan sebarang isu perkauman yang boleh mencetuskan ketidaksefahaman atau pertengkaran antara satu sama lain. Bila bangsa A kutuk bangsa B, kita gelar si A racist (anti bangsa lain) dan vice versa. Tapi pernah tak kita terfikir tentang bangsa-bangsa lain yang ada dekat UIA/Malaysia ni apabila mereka dikutuk?
Seronok berkawan dengan diorang sebenarnya
Aku ni jenis yang suka berkawan dengan orang yang lain daripada aku, kiranya macam dari budaya berbeza lah. Lagi bila study UIA ni, rasa seronok sangat dengan suasana dia yang dikelilingi pelbagai bangsa dari seluruh dunia. So aku ada lah berkawan dengan budak dari Middle East, benua Africa dan lain-lain. Aku rasa seronok kot kawan dengan diorang ni. First, kebanyakan daripada mereka ni mmg friendly and generous. Second, pendapat diorang kalau dalam assignment/discussion mmg first class. Third, aku dapat pengetahuan baru tentang bahasa dan budaya mereka. Yang penting, kenal hati budi mereka dulu.
Tak pernah lagi rasa meluat atau menyampah
Sepanjang aku belajar dekat UIA ni alhamdulillah mmg aku tak pernah lagi rasa meluat/menyampah dengan diorg ni. Alkisahnya, suatu hari aku saja lah scroll twitter, amboi terkejut beruk gak aku tangok budak-budak local kita ni mengutuk orang Arab siap cakap diorg ni busuk lah, pemalas lah, etc. Ada di antara mereka yang cakap jangan kawan dengan orang Arab lah, orang Africa lah sbb diorg ni semua jahat. Aku yang baca ni terfikir “Adusss sedih kot kalau kawan aku baca ni!” Yang kelakarnya, dekat twitter kau sibuk dok gebang “kita ni kena saling memahami antara satu sama lain blah blah blah jangan hina orang blah blah”.
Yang paling common sekali di UIA, “Jangan satu group dgn dak dak international, diorg ni pemalas nak mampos. Tak suka beri kerjasama.” Adussss. Aku tak faham, kau ni sedar tak yang kau dok kutuk orang Arab tu tak menghina ke? Tak dikira racist ke tu? Apa kata kau kutuk perbuatan dia tu? Apa kau ingat takde budak local yang pemalas ke? Aku pernah kot satu group dengan semua budak local. Mmg menangis aku sbb end up aku yang siapkan semua kerja diorg. Kalau tggu diorg, mmg sampai orang dah siap gali kubur aku pun diorang takkan buat. Tapi, aku takdelah nak cakap semua budak local ni pemalas. Ada je yang aku group sekali tu rajin dan sangat pantas dalam menyiapkan kerja.
Jangan cepat menghukum & skeptikal
Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya tolonglah jangan terlalu cepat menghukum atau skeptikal sangat. Kau dengar orang cakap “Budak Arab/Budak Africa blah blah perangai tak senonoh blah blah..” kau terus percaya dan beranggapan yang mereka SECARA MENYELURUH semua mmg sama. Habis semua budak international ni kau label jahat, pemalas, busuk, pengotor, gatal and so on. Tolonglah adoi bukak lah sikit pemikiran kita ni. Jangan terlalu taksub dengan bangsa sendiri pastu percaya semua yang kau dengar.
Hanya kerana dua empat kerat budak Arab perangai mcm X, kau gelar semua budak Arab mcm tu. The same thing goes to other international students. Apa kata kau cuba berkawan dengan diorang? Aku sedih kot bila aku terdengar ada di antara kawan-kawan international aku ni cakap budak local tak suka diorg, anggap diorang ni semua jahat. Cuba kau letakkan diri kau dengan tempat mereka. Kau pergi belajar overseas, pastu students local sana kutuk and label bangsa kau ni dot dot hanya kerana dua tiga orang buat perangai tak senonoh tu. Ha apa kau rasa? Sakit hati kan? Mcm tulah diorang rasa.
Apa salahnya bertukar fahaman & budaya?
[Info tambahan: bila budak local pki pakaian traditional budaya lain, kau tuduh dia nak mengikut budaya tu. Apa salahnya kalau kita bertukar-tukar fahaman dan pendapat tentang budaya lain? Aku ni mmg suka kot pki abaya sbb mmg selesa gila pastu tak pyh risau nampak shape body ke tak. Yang sesetangah dari mereka ni pulak cakap aku ni cuba nak jadi Arab/Arabisation pebenda pun aku tak pernah dgr. Adus malas aku nak layan orang suka negatif memanjang ni]
Banyak belajar dengan mereka
(sekadar gambar hiasan)
Jujur aku cakap, aku sangat selesa berkawan dengan mereka ni. Aku dapat belajar banyak benda dari pengetahuan budaya, keistemewaan bangsa dan bahasa yang berbeza, bab Al-Quran dan hadis ni jangan cakaplah..diorang majoriti hafaz Al-Quran kot. Seronok sangat bila diorg tolong translate hadis yang aku baca pastu siap ajar aku macam mana nak faham bahasa Arab. And and aku paling excited bila diorg suruh aku ajar BM lah, share makanan yang best best Malaysia, adat perkahwinan Melayu dan mcm2 lagi. See? Diorg pun berminat nak ambil tahu pasal keindahan negara kita ni. Aku berkawan dengan diorg ni takdelah sampai tak kawan dengan bangsa aku sendiri. Aku ramai je kawan lain tapi aku malas nak bergaul sangat dengan sesetengah dari mereka ni. Klu duduk semeja tu, topik utama mesti nak cari salah orang (gossip) pastu tergedik gedik pasal laki. Tu jelaaaa~ Tapi takdelah aku cakap mereka semua perangai mcm tu. Ada je yang ok bincang pasal idea masing-masing pastu melawak sikit. The major point is not to generalise everyone ikut suka hati kau.
Benci kejahatan, bukan pelakunya
Sebenarnya tanpa kita sedari, dalam diam ada diantara kita ni sebenarnya mmg racist. Gelaran racist tu tak tertakluk hanya apabila kau menghina bangsa yang ada dalam Malaysia je. Kau kutuk bangsa apa apa bangsa dari benua mana sekali pun, semua tu sama je dikira racist. [Ha lagi satu nak tambah, bangsa Yahudi pun. Tak semua Yahudi jahat mcm Zionis tu. Kena tahu beza antara the real Jewish and Zionist supporter.Ni malas aku nak cakap lebih2, korg buat research and baca buku ilmiah dari source betul eh] Kau nak kutuk, kau kutuk perbuatan tak baik dia tu. Ah yang ni takpelah kalau perbuatan tu dianggap mmg tak baik dan patut dibenci contohnya mcm penghinaan ke atas Allah. Keep this in mind, “Hate the sin, not the sinner.” Apa yang kita perlu dalam diri kita ni sebenarnya adalah sikap toleransi dan saling memahami. Mereka dtg sini nak belajar sbb mereka percayakan sistem pendidikan dan “ketauliah-an” UIA ni jadi apa salahnya kita alu-alukan mereka, buat mereka rasa dihargai.
Ambil mana yang positif, tolak mana yang negatif
Beb, percayalah cakap aku….tak mati pun kalau kita cuba buka sikit pemikiran kita untuk bertoleransi antara satu sama lain. Mungkin korg akan cakap aku ni bernasib baik dapat kawan international yang baik, mmg benda baik jelah yang aku akan nmpk dkt diorg kan. Sbnrnya ada je yang perangai tak senonoh tu, tapi aku buat biasa jelah. Takdelah nak rapat sampai jadi bff till jannah pulak kan. Aku ambil yang mana positif dari diorg, yang negatif tu kau tolak jauh jauh pastu cuba juga perbaiki diri kau. Diorg ni ada yang mmg kasar tapi kau kena faham tu mmg dari budaya diorg. For them, it’s normal. For us, it might be a big deal. Learn to tolerate. Tapi jangan sampai melebihi batas lah. Kau kau dah tahu dia mmg pengaruh tak baik sungguh utk kau, apa lagi beb blah lah. At the same time, be a smart and cautious individual too.
Kepada mereka yang baca entry ni sampai habis, terima kasih banyak2 aku ucapkan. Kalau boleh kau tolonglah tarbiyyah sikit kawan kau yang mana racist tahap gaban tu. Suruh dia spread love, not hatred gituuuh ahh. Ok terima kasih semua. Buang yang keruh dalam entry aku ni tau, ambil mana yang jernih-jernih aku cuba sampaikan. Peace!
– Bukan racist LOL
Sumber: IIUM Confession BM