berita

Tergamak Tumbuk Nenek Hanya Kerana Tak Tahan Dengar Tangisan Anak Sendiri

July 16th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tak kenang budi! Seorang warga emas berusia 69 tahun hampir hilang penglihatan pada kedua belah matanya apabila ditumbuk berkali-kali oleh suami kepada cucu berusia 24 tahun hingga rebah. Dia bertindak begitu kejam hanya kerana tidak tahan mendengar tangisan suara bayi pada jam 6 pagi. Suspek sebelum ini dua rekod lampau berkaitan dadah dan didapati positif methamphetamine.

Lebam dan tidak boleh dibuka

Mangsa cedera di bahagian dahi dan lebam pada kedua belah matanya selepas ditumbuk berkali-kali oleh suami kepada cucu di rumah pada sekitar jam 6 pagi. Difahamkan, suspek berusia 24 tahun bertindak kerana marah akibat tidak tahan mendengar tangisan bayi perempuannya sehingga dia bertindak melepaskan geram dengan menumbuk mangsa.

Ketika kejadian sekitar 6 pagi semalam, cucu perempuan mangsa berada di dalam bilik air dan meninggalkan bayi perempuannya berusia 8 bulan. Selepas memaki mangsa dengan kata-kata kesat dengan mendakwa mangsa tidak pandai menjaga bayi dan memukul warga emas itu sehingga rebah, suspek bersama isteri dan bayi mereka kemudian bertindak melarikan diri.

Mangsa kemudian mendapatkan rawatan awal di Hospital Jasin sebelum dirujuk ke pakar mata di Hospital Melaka kerana mata pengadu lebam dan tidak boleh dibuka serta kemungkinan boleh hilang penglihatan.

Rekod lampau berkaitan dadah

Gambar sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata tindakan suspek menyebabkan warga emas berkenaan terpaksa menerima rawatan di Hospital Jasin.

Suspek dan isteri tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal bersama mangsa sejak mereka berkahwin dan ditanggung warga emas itu yang hanya bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah agama.

Suspek berusia 24 tahun itu kita berjaya tahan di Bachang, Melaka sekitar jam 11 malam semalam dan ujian air kencingnya juga didapati positif methamphetamine. Suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×