berita

Terima Lebih 4000 Mesej Rayu Bantuan, Kempen Bersamamu #KitaJagaKita Mula Hulur Sumbangan

July 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sejak 2 Julai yang lalu, platform radio Media Prima dengan kerjasama kumpulan Media Prima telah melancarkan kempen Bersamamu #KitaJagaKita. Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Lebih 4000 mesej Whatsapp telah diterima oleh empat platform radio Media Prima sepanjang kempen ini dijayakan.

Terima bantuan kewangan RM200

Bermula 5 Julai yang lalu, platform radio Media Prima, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM telah memilih 8 pendengar yang terpilih setiap hari untuk menerima bantuan kewangan bernilai RM200. Bantuan tersebut akan digunakan oleh mereka bagi membeli barang keperluan harian. Antara pendengar yang terpilih adalah seorang bapa yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan tidak mempunyai punca pendapatan kerana dibuang kerja.

Menurut bapa kepada dua orang anak ini, majikannya sudah tidak mampu untuk membayar gaji para pekerja. Oleh itu, dia terpaksa memohon bantuan untuk membeli keperluan anak yang masih kecil seperti susu dan lampin pakai buang. 

Sekarang ni dah tak ada duit simpanan, nak pinjam dekat saudara-mara, mereka pun perlukan duit.

Selain itu, ramai pendengar berkongsi cerita dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ketika pandemik ini melanda negara. Antara cerita yang dikongsikan ialah, mereka berasa sedih kerana sudah hampir dua tahun tidak dapat berjumpa dengan kedua ibu bapa di kampung halaman. Lebih menyedihkan, kesemua ahli keluarga tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Dapat meringankan beban rakyat Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studio, Dato’ Khairul Anwar Salleh, ramai rakyat Malaysia terkesan disebabkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini. Oleh itu, mereka yang terkesan boleh menghantarkan Whatsapp ke 017-6846950 dengan berkongsi cerita atau masalah yang dihadapi. Tambah beliau, tiada rakyat Malaysia yang akan terpinggir daripada mendapatkan sebarang bantuan.

Oleh itu, pihak platform radio Media Prima dan kumpulan Media Prima berharap agar bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan disebabkan  pandemik Covid-19. 

Kempen Bersamamu #KitaJagaKita ini turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis antaranya Haqiem Rusli, Khai Bahar, Siti Nordiana dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×