Ibu merupakan insan yang mulia dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Kasih ibu bagai tiada titik noktahnya dan membawa hingga ke syurga. Ini kisah yang dikongsi Hazida yang pernah mendoakan supaya Tuhan mencabut nyawa ibunya sendiri. Kisah yang dikongsi ini terjadi lapan tahun yang lepas.
Pernah doakan supaya nyawa ditarik
nak aku ceritakan tak, kisah doa aku untuk mak aku dimana aku pernah mendoakan hal yang bukan bukan untuk mak aku. ini kisah 8 9 tahun yang lepas.
" Allah, kau ambik je lah mak aku. aku dah tak tahan "
disebabkan doa aku yang ini lah, aku rasa aku bukan anak yang baik dan, pic.twitter.com/oQKfwhCBRF
— Mermaid (@hazidajimmy) September 18, 2020
Ibu Hazida merupakan seorang penghidap kanser tahap empat. Tapi rahsia ini disimpan dengan rapi oleh ibunya sendiri dengan alasan tidak mahu susahkan anak-anaknya. Hazida pernah berdoa supaya Tuhan mengambil nyawa ibunya kerana tidak sanggup melihat keadaan ibunya yang dicucuk tanpa henti dan rambutnya hampir botak akibat mengalami keguguran rambut.
Doktor juga pernah bertanya untuk memasukkan tiub yang lain, padahal tiub sedia ada sudah diletakkan di hidung dan bakal menambah tiub lain di mulut ibunya. Ketika itu, Zahida betul-betul ikhlas jika nyawa ibunya ditarik kerana tidak sanggup untuk melihat ibunya terseksa menanggung sakit.
Ujar Zahida, doktor pernah menasihatkan supaya arwah ibunya dibawa balik ketika itu dibantu dengan alat bantuan pernafasan kerana tiada harapan lain yang boleh dibuat. Pada hari Jumaat yang mulia, ibunya menghembuskan nafas yang terakhir dan dia menjadi saksi detik tersebut.
Marah ibu bersebab
Gambar sekadar hiasan
Ujar Hazida, yang berdarah muda ketika itu agak terbeban kerana perlu menjaga ibunya disaat dia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sedangkan, remaja lain boleh bersenang-lenang duduk di rumah tanpa perlu membuat apa-apa kerja.
Pernah terjadi, doktor melarang ibunya untuk makan makanan yang diawet seperti ikan masin. Namun, ibunya bertindak makan tanpa pengetahuan anak-anaknya walaupun telah dilarang oleh doktor. Hazida ketika itu, marah bersebab kerana menginginkan ibunya sembuh daripada penyakit kanser itu bukan sengaja mahu memarahinya .
Karenah ibunya juga tidak sama dengan karenah orang lain yang sakit dan ibunya ketika itu sangat memerlukan perhatian yang khusus daripada anak-anaknya. Hazida ketika itu agak terbeban dengan tanggungjawab yang perlu dipikulnya.
Redha dengan ujian
Gambar sekadar hiasan
Pada hari mak aku pulang, air mata aku tak satu pun mengalir. aku fikir, aku paling kuat sekali. sebab, aku dah redha awal awal. tapi lepas dua tiga hari mak aku takda dipandangan mata aku, aku tercari cari dan menanya diri, ” betul ke aku dah takda mak ? ” masatu, macam mimpi…
Hazida ketika itu sudah redha dan ikhlas dengan apa yang terjadi kepada keluarganya. Malah, ketika ibunya meninggal dia sendiri tidak menangis semasa menghantar ibunya ke tanah perkuburan. Tindakan tersebut jelas menunjukkan dia benar-benar redha untuk melepaskan ibunya menghadap Pencipta.
Kini, selepas tujuh tahun hidup tanpa ibunya baru dia betul-betul redha untuk melepaskan arwah ibunya. Dalam tempoh tujuh tahun banyak perkara yang berlegar-legar dalam fikirannya dan mempersoalkan takdir Tuhan, sepatutnya nyawanya yang diambil bukan nyawa ibunya.
Hazida kini sedar dan faham dengan setiap apa yang telah terjadi. Dia juga mengakui kadang kala menyesal dengan tindakannya dulu.
Sumber: Hazida Jimmy