berita

Thursday Trailer: Produser Filem Seram ‘Insidious’, Lancarkan Filem Terbaru, ‘Sinister’

September 27th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Jujur kami katakan, filem ‘Insidious’ sememangnya sebuah filem seram dari barat yang pertama kali berjaya membuatkan kami lebih takut dari menonton filem seram Thailand.

Kalau anda pernah tonton dan masih ingat, dimana ada babak kanak-kanak berlari didalam rumah, muncul di almari, dan kemudian lagu klasik. Itu sememangnya babak yang benar-benar menyakitkan hati kami. Ahh, malas kami mahu cerita, kalau mahu, anda pergi tonton kembali filem ‘Insidious’ tersebut.

Terbaru dari produser yang berjaya membuatkan kami terkejut seperti wanita sebenar, Scott Derrickson, dia kembali dengan sebuah lagi filem seram supernatural berjudul ‘Sinister’. Melihatkan pada trailer-nya saja sudah cukup membuatkan kami rasa mahu menontonnya di pawagam.

Filem ini mengisahkan tentang novelis jenayah, Ellison, yang terjumpa dengan sekotak penuh tape yang mengandungi bukti mengapa sebelum ini bekas penghuni rumah yang baru dipindah masuk oleh keluarganya, mati. Namun begitu, lebih banyak dia mengetahui punca sebenar kematian mereka, lebih bahaya yang terpaksa dihadapinya selepas ini.

Apa yang lebih menarik, filem ini sebenarnya mengisahkan tentang makhluk halus yang mengambil roh kanak-kanak sebagai makanan. Mahu tahu lebih lanjut? Mari tonton trailer filem ‘Sinister’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan November ini.

SKIP THIS AD ×