berita

Tiga Kali Tangguh, Nabila Razali Tak Sangka Dapat ‘Dream House’ Di Tengah Kuala Lumpur – ‘Ada Tasik, Gunung-Ganang & Dengar Bunyi Burung’

October 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa yang tidak ingin memiliki rumah sendiri kan? Boleh dikatakan itu adalah impian setiap orang tak kisah sama ada yang bujang ataupun sudah berkeluarga.

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali antara yang sudah tercapai hasratnya untuk memiliki sebuah rumah setelah sekian lama menunggu.

3 kali kena tangguh

Ketika dihubungi OhBulan!, Nabila mengakui berasa gembira apabila akhirnya berjaya memiliki rumah sendiri sama seperti yang diinginkan.

Menurut Nabila, 29, dia terpaksa bersabar selama tujuh bulan sebelum menerima kunci rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepatutnya saya dapat rumah ini pada bulan 3 tetapi disebabkan PKP terpaksa tangguh sampai bulan 9. Kelmarin (Khamis) saya ambil kunci.

Bila dah dapat mesti la rasa seronok sebab kawan-kawan lain dah ada rumah sendiri. Akhirnya, saya dapat merasa  pengalaman ada rumah sendiri.

Saya beli rumah yang dekat dengan rumah keluarga saya..dalam 5 minit saja. Saya tak boleh nak berjauhan sebab dah biasa kan. Kalau tetiba lapar tu, boleh la balik rumah keluarga.

Belum dapat pindah masuk

Bercerita tentang ‘dream house’, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali tidak menyangka yang dia akan mendapat rumah yang dikelilingi dengan pemandangan semula jadi di tengah Kuala Lumpur.

Saya suka rumah yang suasana dan persekitarannya tenang, ada tasik, gunung-ganang, boleh dengar bunyi burung. Saya tak sangka saya dapat dream house ini dekat Kuala Lumpur. Memang saya betul-betul gembira dan puas hati.

Kalau boleh, saya memang nak terus masuk rumah ini. Tapi banyak benda nak kena buat dulu..nak kena check defect, renovation, dekorasi. Saya target dalam tiga bulan lagi dah boleh pindah ke rumah baru. Kalau siap awal, esok juga saya masuk.

Dalam pada itu, pelantun lagu Peluang Kedua turut mendoakan kepada insan yang bercita-cita untuk memiliki rumah akan dipermudahkan dan dikabulkan doa itu satu hari nanti.

Sumber: Instagram @nabila.razali

SKIP THIS AD ×